Ikuti Kami:

Popular Sekelip Mata Dek ‘Squid Game’, Ini Kisah Jung Hoyeon Dari Model Antarabangsa Ke Pelakon

Popular Sekelip Mata Dek ‘Squid Game’, Ini Kisah Jung Hoyeon Dari Model Antarabangsa Ke Pelakon

Siapa sangka drama pertama Jung Ho-yeon berjaya membawanya tuah seperti ini. Pilihan untuk berlakon “Squid Game” ternyata merupakan keputusan yang terbaik dibuat olehnya.

Model remaja

Baru berusia 16 tahun, Jung Ho-yeon mula mengorak langkahnya sebagai model di Korea. Bahkan walaupun tanpa ejen, gadis itu mampu berjalan di Seoul Fashion Week dengan gahnya. Terus popular, dia kemudiannya menandatangani kontrak bersama agensi ESteem Models.

Perjalanan tidak terhenti di situ apabila si tinggi lampai ini menyertai musim ke-4 Korea Next Top Model bagi meraih lebih banyak perhatian. Sekadar berpuas hati di tempat kedua, namun rezeki di dalam industri permodelan tidak putus-putus mengetuk pintunya.jung hoyeon model

Tawan persada antarabangsa

Tidak puas hanya di Korea, Jung Ho-yeon secara rasmi memulakan karier model di peringkat antarabangsa pada tahun 2016.

Bukan ‘kaleng-kaleng’, dia sudah pun menyarungkan busana untuk pelbagai jenama seperti Marc Jacobs, Fendi, Max Mara, Jeremy Scott, Tory Burch, Topshop Unique, Dolce & Gabbana, Missoni, Bottega Veneta, Emilio Pucci, Chanel, Miu Miu, Giambattista Valli, Prabal Gurung, Jason Wu, H&M, Jacquemus, Burberry, Acne Studios, Roberto Cavalli, Diesel Black Gold, Versus (Versace), Narciso Rodriguez, Paco Rabanne, Schiaparelli, Blumarine, Dundas, Zadig, Tods, Voltaire, Etro dan Gabriela Hearst. Banyak betul!jung hoyeon

Percubaan lakonan

Meskipun baru sahaja menyertai Saram Entertainment untuk karier lakonan, Jung Ho-yeon terkejut apabila diminta untuk menghantar video uji bakat untuk drama “Squid Game”. Wanita itu lebih terperanjat dan keliru apabila dia diterima untuk melakonkan watak Sae-byeok.

Jelas pengarah “Squid Game”, dia sudah pun menguji bakat ramai pelakon lain namun tiada yang sesuai. Namun apabila melihatkan video uji bakat model itu, dia terus mahu berjumpa bersemuka dengannya.

Saya rasakannya – ton suara, pandangan tajam dan auranya, semuanya sempurna.

Jung Ho-yeon pun tidak teragak-agak apabila dia membatalkan semua jadual yang sudah disusun di New York dan terus pulang ke Korea untuk permulaan baru itu.jung hoyeon

Popular sekelip mata

Sesudah “Squid Game” mula ditayangkan di Netflix, nama Jung Ho-yeon menjadi antara carian popular. Tidak biasa dengan kehadiran wanita itu, ramai yang meluahkan rasa kagum memandangkan dia mampu membawa watak pelarian Korea Utara dengan baik walaupun ini ialah naskhah pertamanya.

Bahkan ramai yang mula menyebut kembali mengenai hubungan cinta wanita itu dengan pelakon Lee Dong-hwi yang sudah terjalin selama 6 tahun lamanya.jung hoyeon lee donghwiLagi mengujakan apabila jumlah pengikut Instagram model itu menaik dengan mendadak! Selepas seminggu “Squid Game” ke udara, Jung Ho-yeon sudah berjaya menambah 2 juta pengikut baru daripada 400,000 sahaja pada sahaja. Dahsyat kan penangan ‘Kang Sae-byeok’?

Bertuah sungguh Jung Ho-yeon! Semoga terus sukses.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...