Ikuti Kami:

“Dari Dulu Cantik” – Popular Kini, Foto Roh Yoonseo Ketika Di Sekolah Menengah Jadi Bualan

“Dari Dulu Cantik” – Popular Kini, Foto Roh Yoonseo Ketika Di Sekolah Menengah Jadi Bualan

Bintangi “Crash Course in Romance” kini, pelakon Roh Yoon-seo nampaknya semakin menjadi fokus orang ramai.

Baru-baru ini, gambar pelakon wanita itu ketika di sekolah menengah telah menjadi bualan ramai dek visualnya yang menawan.

Walaupun gaya solekannya nampak lebih berbeza berbanding sekarang, pelakon itu masih menampilkan kecantikannya yang tidak berubah hingga kini.

Sebelum ini, ada yang melaporkan bahawa Roh Yoon-seo merupakan pelajar lepasan Sekolah Menengah Seni Sunhwa dan mengambil jurusan Jabatan Seni Halus.

roh yoonseo

Untuk pengetahuan, Roh Yoon-seo juga sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Ewha Womans dalam jurusan Seni Halus dan dia sering berkongsi hasil lukisannya di laman Instagram.

Dari dulu lagi dah cantik!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...