Ikuti Kami:

“Dari Comel Ke Seksi” – Peminat Banding Gaya Pemakaian Song Jihyo Dahulu & Sekarang

“Dari Comel Ke Seksi” – Peminat Banding Gaya Pemakaian Song Jihyo Dahulu & Sekarang

Nampaknya Song Ji-hyo sentiasa menjadi bualan ramai hampir saban minggu, tak kisah apa topik pun.

Siapa yang mengikuti akaun media sosial pelakon itu, semestinya perasan bahawa gaya pemakaiannya kian berubah. Bahkan pendekatan wanita tersebut untuk mendekati peminat sejak awal tahun ini berubah dengan ketara apabila semakin rajin berkongsi gambar harian.

Kini, Song Ji-hyo bukan sahaja semakin aktif malah mula mencuba pakaian ‘daring’ yang nyata mengejutkan semua. Asalnya bertutup penuh, pelakon tersebut kelihatan selesa menunjukkan bahu dan sebahagian perutnya.

Meski sudah mencecah 42 tahun, tetapi peminat menyambut baik perubahan Song Ji-hyo dan menganggap dia sepertinya semakin selesa dengan diri sendiri dan terbuka untuk mengubah imej.

Kata peminat,

Makin cantik ek sekarang..

 

Tolong kekal gaya ini, sangat cantik.

 

Awak sangat sesuai dengan gaya ini.

 

Dulu comel, sekarang seksi.

Korang suka gaya Song ji-hyo yang mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...