Selepas Daud Kim mengumumkan bahawa dia sudah kembali bersama dengan isteri dan anaknya, ramai pengikutnya yang bertanyakan sama ada wanita tersebut sudah pun memeluk agama Islam memandangkan mereka mahu bernikah semula.
Kalau anda nak tahu, isteri Daud Kim iaitu Mia dilahirkan di Kryzgstan dan mempunyai sedikit ilmu mengenai agama Islam kerana tinggal selama lebih 8 tahun di sana dan kini merupakan warganegara Korea. Meskipun datuknya ialah seorang Muslim tetapi wanita itu menganut agama Russian Orthodox Church.
Tak lama kemudian, Daud Kim membuat pengumuman istimewa apabila memuat naik video Mia membaca dua kalimah syahadah dan secara rasmi memeluk agama Islam. Walaupun video itu hanyalah pendek, namun dilihat bahawa Mia gembira dengan pilihannya itu.
Bukan itu sahaja, lelaki itu turut menjelaskan mengenai apa yang perlu diketahui oleh wanita itu sekiranya dia memeluk Islam. Malah Mia meluahkan bahawa dia berasa selesa selepas selesai melafazkan dua kalimah syahadah.
Rata-rata pengikut gembira dengan keputusan tersebut dan mendoakan agar pasangan itu sentiasa diberkati dan dipermudahkan urusannya oleh Allah SWT.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.