Siapa sangka kan dah berpuluh tahun Song Hye-kyo aktif dalam industri.
Baru-baru ini, Song Hye-kyo telah tampil dalam video temu bual bersama Elle Korea dan berkongsi tentang perkembangan terkininya. Katanya,
Saya habiskan banyak masa berseronok dengan kawan-kawan. Bila saya sedang melakukan rakaman, saya hampir tak dapat jumpa mereka tetapi pada masa ini, saya meluangkan masa untuk diri sendiri tanpa perlu risau tentang apa-apa.
Kemudian, ketika ditanya apa yang dia ingin katakan kepada dirinya sendiri pada 20 tahun akan datang, Song Hye-kyo menjawab,
Saya tak tahu apa yang akan berlaku tetapi jika saya masih bekerja, saya mungkin akan berkata ‘Awak masih bekerja?’. Saya ingin memberitahu diri saya ‘Awak dah bekerja keras, kini tiba masanya untuk berehat.’
Ala mesti rindu kan kalau Song Hye-kyo dah tak berlakon..