Ikuti Kami:

“Dadanya..” – Dek Komen Seksual Buat Lee Jehoon, Pelawak Lee Kyungshil Dilaporkan Kepada Polis

“Dadanya..” – Dek Komen Seksual Buat Lee Jehoon, Pelawak Lee Kyungshil Dilaporkan Kepada Polis

‘Kerana mulut, badan binasa’, mungkin itulah pepatah yang sesuai digambarkan mengenai situasi yang dilalui pelawak Lee Kyung-shil baru-baru ini.

Kalau anda ingat, pelawak itu menjadi penyampai radio ganti di SBS Power FM ‘Cultwo Show’ dan menyambut tetamu dari “Taxi Driver 2” yang mahu mempromosikan drama berkenaan.

Walau bagaimanapun, wanita itu dituduh mengutarakan kata-kata seksual apabila mengatakan bahawa ‘air yang diminum dari tulang selangka Lee Je-hoon ialah air suci’ semasa melihat gambar tak berbaju pelakon itu.

Disebabkan wajah Lee Je-hoon yang kurang selesa dengan kata-kata itu, ramai menuduh bahawa Lee Kyung-shil mungkin sudah melebihi batasan dek ayat yang berbaur seksual itu.

lee jehoon taxi driver 2

Bukan hanya menjadi bualan sahaja, isu ini semakin besar apabila seorang pelajar Universiti Yonsei melaporkan Lee Kyung-shil ke pihak polis atas kesalahan ‘Kelakuan Melampau Melalui Cara Berkomunikasi’ di bawah pertuduhan ‘Hukuman Jenayah Seksual’.

Sejak kontroversi itu, SBS sudah pun mengambil langkah berhati-hati di mana mereka memadam bahagian kontroversi itu dari rakaman yang dimuat naik ke YouTube dan laman web rasmi mereka.

Dalam pada itu, Lee Kyung-shil dan Lee Je-hoon tidak memberikan sebarang kenyataan lanjut mengenai hal ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...