Ikuti Kami:

Cuba Buktikan Dia Tidak Bersalah Kes Salah Guna Propofol, Ha Jungwoo Dedah Mesej Dengan Doktor

Cuba Buktikan Dia Tidak Bersalah Kes Salah Guna Propofol, Ha Jungwoo Dedah Mesej Dengan Doktor

Kecoh baru-baru ini apabila pelakon filem terkenal Ha Jungwoo yang dituduh menyalah gunakan dadah jenis propofol di sebuah klinik pembedahan plastik di Gangnam. Selepas lama mendiamkan diri, pelakon itu telah tampil dan menidakkan segala tuduhan dan menjelaskan kenapa dia menerima rawatan laser di bawah nama adiknya.

Dia juga menjelaskan dia ke klinik itu bagi memulihkan parut di mukanya dan pengambilan propofol adalah atas saranan doktor bertugas itu sendiri. Oleh kerana masih ramai lagi yang ragu-ragu dengan penjelasan Ha Jungwoo, agensi naungan lelaki itu telah meriliskan keratan mesej pelakon tersebut bersama doktor di klinik tersebut.

ha jungwoo salah guna propofol

Keratan mesej ini telah didedahkan kepada Channel A yang juga merupakan outlet media yang mula-mula melaporkan mengenai kes salah guna propofol dalam kalangan selebriti beberapa minggu lepas. Mesej antara pengarah klinik itu dan Ha Jungwoo bermula pada Januari 2019 apabila lelaki itu mengenalkan dirinya dan menyampaikan bahawa dia mendapat maklumat klinik tersebut daripada kenalan rapatnya. Mereka kemudiannya mengaturkan temu janji pertama untuk rawatan tersebut.

Dua minggu kemudian, pengarah tersebut menghantar mesej yang berbunyi,

Tugas selepas ini ialah parut tetapi selepas prosedut tersebut, sila datang semula ke klinik sebanyak 3 kali lagi dalam masa 10 hari.

Ha Jungwoo membalas mesej tersebut,

Parut itu adalah masalah yang paling besar.

Selepas daripada rantaian mesej ini, mereka berdua berbincang tentang masalah kulitnya selepas prosedur itu. Ha Jungwoo menyatakan bahawa kulitnya menjadi merah kerana rawatan tersebut.

mesej ha jungwoo

Apabila ditanyakan sama ada propofol diperlukan dalam prosedur tersebut, wakil Ha Jungwoo menjelaskan yang parut di muka Ha Jungwoo adalah sangat dalam jadi menjalani rawatan laser tersebut tanpa pelali adalah sangat menyakitkan.

Selain itu, wakil pelakon lelaki itu menyatakan disebabkan dia mengatur temu janji menerusi mesej, dia tidak pasti pihak klinik meletakkan namanya di bawah nama siapa. Wakil itu turut menafikan Ha Jungwoo menggunakan nama palsu, terutama nama adiknya untuk mendapatkan suntikan.

Kelmarin, peguam Ha Jungwoo turut duduk bersama media Sports Chosun bagi menjelaskan kebenaran mengenai anak guamnya.

Apa yang saya dapat beritahu ialah Ha Jungwoo tidak meminta untuk meletakkan dia di bawah nama palsu. Doktor tersebut adalah orang pertama yang mencadangkan dia menggunakan nama palsu bagi mendapatkan rawatan tersebut. Selalunya, Ha Jungwoo adalah seorang yang sangat berhati-hati dan tak pernah pun tempah nama di restoran menggunakan nama sendiri. Individu yang bertanggungjawab terhadap prosedur itu mencadangkan dengan tegas dia menggunakan nama palsu, jadi Ha Jungwoo mempercayainya tanpa ragu-ragu dan hanya mengikut arahan.

Disebabkan Ha Jungwoo tahu yang klinik tersebut adalah sangat popular dalam kalangan orang kaya dan usahawan ternama, jadi dia tidak teragak-agak untuk menerima cadangan doktor bertugas untuk menggunakan nama palsu. Ha Jungwoo dikatakan menyesal selepas mengetahui bahawa ia adalah sesuatu yang salah dan tak sangka perkara sebegini akan timbul daripada prosedur rawatan yang mudah.

ha jungwoo salah guna propofol

Peguam tersebut tak lupa untuk menjelaskan alasan sebenar disebalik penggunaan propofol dalam prosedur rawatannya.

Kami selalu ingatkan propofol sering digunakan ketika endoskopi. Rawatan Ha Jungwoo melibatkan laser jadi ia tak perlukan pelali penuh. Tapi disebabkan laser yang digunakan agak kuat jadi prosedur ini sangatlah sakit. Ha Jungwoo menggunakan propofol selepas ketua pembedahan membuat keputusan dia memerlukannya. Dia tidak pernah mengambilnya berlebihan daripada jumlah yang sepatutnya atau pun secara haram.

Nantikan perkembangan seterusnya mengenai kes ini.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...