Ikuti Kami:

Ditebak Cuba Ambil Nyawa Sendiri, Pelakon Oh Inhye Diselamatkan Selepas Ditemui Tak Sedarkan Diri

Ditebak Cuba Ambil Nyawa Sendiri, Pelakon Oh Inhye Diselamatkan Selepas Ditemui Tak Sedarkan Diri
[Amaran: Perbincangan mengenai cubaan bunuh diri]

Mengejutkan apabila dikhabarkan bahawa pelakon Oh In-hye telah ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya awal pagi tadi.

Menurut laporan Balai Polis Yeonsu Incheon dan Balai Bomba Songdo, wanita itu ditemui dalam keadaan diserang sakit jantung di kediamannya sekitar jam 5 pagi. Dia kemudiannya di bawa ke hospital berhampiran dan mendapatkan rawatan kecemasan seperti CPR sebelum dilaporkan kembali bernafas seperti biasa. Kini, siasatan lanjut sedang dijalankan mengenai insiden ini.

Rakan Oh In-hye menemuinya dan melaporkan kepada kami. Bagaimanapun, tidak pasti bagaimana dia boleh melawat rumahnya dan menjumpainya dalam keadaan sedemikian. Buat masa ini, dirumuskan bahawa dia cuba mengambil nyawanya sendiri.

Semasa sedang dalam perjalanan keluar daripada rumah tersebut, Oh In-hye tidak mempunyai denyutan nadi mahupun bernafas. Dalam laporan yang diterima, dia kembali bernafas selepas menerima rawatan CPR semasa dalam perjalanan ke hospital.

oh inhye cuba bunuh diri

Untuk pengetahuan anda, Oh In-hye memulakan karier lakonannya menerusi filem “Sin Of A Family”. Sejak daripada itu, dia ada muncul dalam beberapa drama dan filem namun tidak mempunyai watak yang konsisten selepas filem “The Plan” pada tahun 2014.

Nantikan maklumat lanjut mengenai insiden ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...