Ikuti Kami:

COVID-19 Masih Jadi Isu, Lee Hyori & Yoona Mohon Maaf Dek Dikritik Pergi Karaoke Namun Netizen ‘Back-Up’

COVID-19 Masih Jadi Isu, Lee Hyori & Yoona Mohon Maaf Dek Dikritik Pergi Karaoke Namun Netizen ‘Back-Up’

Dalam usaha Korea memerangi gelombang kedua COVID-19, semua rakyatnya diminta supaya memberi kerjasama dalam membantu misi tersebut. Pun begitu, baru-baru ini Penyanyi Lee Hyo-ri dan Yoon-A (Girls’ Generation) telah menerima reaksi bercampur apabila mereka dilihat melepak di pusat karaoke.

Semasa berada di situ, kedua selebriti tersebut telah merakamkan aktiviti tersebut menrusi Instagram Live mereka. Walaubagaimanapun terdapat segelintir pihak menyuarakan reaksi negatif kepada kedua mereka kerana tidak menunjukkan contoh yang baik untuk mengamalkan penjarakan sosial ketika pandemik berbahaya ini.

lee hyori dan yoona dikritik

Semasa membaca komen yang ditinggalkan peminat, Lee Hyo-ri seperti terpinga-pinga kerana tidak pasti sama ada mereka tidak boleh keluar untuk berkaraoke. Yoon-A pula menenangkan penonton dengan mengatakan bahawa mereka datang ke premis tersebut dengan menyarungkan topeng muka. Tak lama selepas itu, kedua selebriti popular itu memohon maaf dan menghentikan siaran langsung itu.

Pada pagi ini, kedua-dua Lee Hyo-ri dan Yoon-A telah memuat naik permohonan maaf kerana tidak lebih berhati-hati dalam menangani wabak ini. Malah mereka berjanji akan bertindak dengan lebih berhati-hati selepas ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @yoona__lim on

 

View this post on Instagram

 

안녕하세요 이효리입니다.. 어젯밤 아직 조심해야 하는 시국에 맞지 않는 행동을 한 점 깊이 반성합니다… 요새 제가 너무 들떠서 생각이 깊지 못했습니다.. 언니로서 윤아에게도 미안합니다..앞으로 좀더 조심하고 신중하게 행동하겠습니다..다시한번 사과드립니다..

A post shared by Leehyolee (@hyoleehyolee) on

Rata-rata netizen yang membaca permohonan maaf mereka walaubagaimanapun ‘back up’ Lee Hyo-ri dan Yoon-A kerana menganggap tindakan mereka itu tidak salah langsung. Malahan pusat karaoke menpunyai prosedur standard yang agak ketat bagi pengunjung yang mahu memasuki premis mereka.

Pusat karaoke memerlukan anda untuk memeriksa suhu dan menulis nama sebelum memasuki premis mereka. Perniagaan sepatutnya boleh dibuka kecuali awak mahu mereka tutup dan rugi. Bahkan aktiviti sukan pun bakal dibenarkan tak lama lagi. Sampai bila kita nak hidup ketakutan disebabkan oleh ‘masa yang sukar ini’?

Ini bukan kontroversi pun, pusat karaoke memang dibenarkan untuk beroperasi pun. Wartawan ini yang menggelabah…

 

Fakta: Semua pusat karaoke dibenarkan untuk beroperasi dan mereka perlu memeriksa suhu dan mencatat nama setiap pengunjung. Mereka berdua tak buat salah pun…

 

Saya pasti ia tidak akan menjadi masalah sekiranya mereka tidak menayangkannya tetapi mereka berdua adalah golongan yang berpengaruh, jadi siaran langsung itu tak sepatutnya dilakukan.

Lagipun mereka hanya pergi berdua sahaja kan? Rasanya macam okay je…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...