Ikuti Kami:

COVID-19 Masih Berleluasa, Netizen Selar Song Seunghun Tak Sarung Face Mask Ketika Di Pasar Raya

COVID-19 Masih Berleluasa, Netizen Selar Song Seunghun Tak Sarung Face Mask Ketika Di Pasar Raya

Siapa tak kenal pelakon kacak Song Seung-hun? Meskipun lelaki ini boleh dikatakan sempurna daripada pelbagai aspek tetapi dia nampaknya masih lagi belum berjumpa dengan pasangan yang sesuai untuk melangkah ke fasa hisup yang lebih serius. Selepas memutuskan hubungan dengan pelakon popular China iaitu Liu Yifei, pelakon lelaki itu nampaknya lebih senang hidup sendirian.

Disebabkan itu, satu rancangan hiburan popular di Korea iaitu “I Live Alone” telah merebut pelakon kacak itu sebagai salah seorang bintang utama bagi episod terbaru mereka. Kalau anda nak tahu, program ini mengikuti perjalanan kehidupan seharian seorang selebriti yang masih solo. Jadinya, peminat boleh melihat dengan lebih dekat kisah peribadi selebriti kegemaran mereka.

song seunghun i live alone

Song Seung-hun yang sibuk dengan penggambaran drama telah membawa kru program itu untuk mengikuti kehidupannya yang sedang menjalani kehidupan sementara di Kepulauan Jeju. Walaubagaimanapun, salah satu rakaman dalam episod itu telah menerima kritikan daripada para penonton.

Dalam babak tersebut, pelakon lelaki itu telah melawat ke sebuah pasar raya kecil bagi membeli beberapa barang dapur untuk menyiapkan makanan di rumah. Pun begitu, tindakannya tidak menyarungkan topeng muka membuatkan netizen mempersoalkan sama ada lelaki ini tidak peka dengan isu semasa.

Seperti yang semua ketahui, seluruh dunia kini sedang dilanda pandemik COVID-19 dan kerajaan Korea Selatan telah menggesa rakyatnya supaya mengikut langkah pencegahan yang diuar-uarkan.

song seunghun i live alone

Daripada sedutan babak tersebut, dapat dilihat pengunjung lain mengenakan topeng muka dan hanya Song Seung-hun sahaja yang berkeliaran di sekitar pasar raya tersebut tanpa menghiraukan mengenai langkah pencegahan tersebut. Netizen meminta pelakon itu supaya menunjukkan contoh yang baik memandangkan dia adalah figura terkenal dan mungkin menjadi ikutan ramai orang.

Selepas kontroversi itu, pihak produksi “I Live Alone” dan Song Seung-hun sendiri tidak memberikan apa-apa kenyataan untuk meredakan kemarahan netizen.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...