Ikuti Kami:

COVID-19 Jangkiti Staf & Pelakon, 10 K-Drama Ini Terpaksa Tangguh Penggambaran Buat Seketika

COVID-19 Jangkiti Staf & Pelakon, 10 K-Drama Ini Terpaksa Tangguh Penggambaran Buat Seketika

Sejak beberapa hari ini, dunia K-Drama telah dilanda ombak badai dek serangan COVID-19 secara tiba- tiba. Hal ini bermula daripada seorang pelakon sampingan bagi drama “To All The Guys Who Loved Me” iaitu Seo Sung-jong yang disahkan positif virus tersebut. Bahkan tak lama selepas itu, seorang pelakon yang terlibat dengan drama “Do Do Sol Sol La La Sol” iaitu Heo Dong-won turut dikhabarkan sah positif COVID-19.

Bukan itu sahaja, dek merupakan antara kontak rapat dengan Seo Sung-jong kerana berlakon dalam pementasan muzikal yang sama. pelakon popular iaitu Kim Won-hae juga disahkan positif virus merbahaya itu. Malahan disebabkan staf dan pelakon untuk sesuatu produksi turut bekerja dengan produksi lain dalam masa yang sama, rantaian penyebaran ini berlaku dengan cepat tanpa disangka.

Oleh itu, ini antara beberapa drama yang terpaksa menghentikan perjalanan produksi mereka akibat isu ini.

1. Private Life (JTBC)

jtbc private life

Meskipun hanya akan ditayangkan pada bulan Sepember nanti, namun drama “Private Life” yang dibintangi Seo-hyun (Girls’ Generation) dan Go Kyung-pyo terpaksa menghentikan produksinya memandangkan ada daripada staf mereka yang terlibat dengan penggambaran drama lain yang dilaporkan ada kes positif COVID-19. Walaupun beberapa staf berkenaan bukan merupakan kontak rapat mangsa namun sebagai langkah berjaga-jaga, kesemua staf telah pun diminta melakukan pemeriksaan.

2. Do Do Sol Sol La Sol (KBS)

kbs dol dol sol sol la sol

Penggambaran drama ini dihentikan serta-merta selepas salah seorang daripada pelakonnya iaitu Heo Dong-won disahkan positif COVID-19. Oleh itu, barisan pelakon utama seperti Go A-ra dan Ye Ji-won kini telah pun menjalani pemeriksaan lanjut dan sedang menunggu keputusannya.

3. Start-Up (tvN)

tvn start-up

“Start-Up” yang dibintangi Nam Joo-hyuk dan Suzy membuat keputusan untuk menghentikan penggambaran selepas salah seorang pelakonnya iaitu Seo Yi-sook yang popular kerana permah muncul dalam “The World Of The Married” didedahkan mempunyai kontak rapat dengan pelakon Heo Dong-won. Ini kerana kedua mereka ada berlakon babak bersama untuk “Do Do Sol Sol La La Sol” lantas pihak produksi berehat seketika bagi menyelia keadaan yang tidak dijangka itu.

4. Run On (JTBC)

jtbc run on

“Run On” yang diterajui oleh Im Si-wan, Shin Se-kyung, dan Soo-young (Girls’ Generation) terpaksa menghentikan penggambaran selepas salah seorang staf produksi juga didedahkan berada di set penggambaran lain yang dilaporkan mempunyai kes positif COVID-19. Tidak mahu mengambil risiko, staf tersebut kini telah pun melalui pemeriksaan dan kuarantin diri sementara menunggu keputusannya.

5. To All The Guys Who Loved Me (KBS)

pelakon sampingan to all the guys who loved me dijangkiti covid-19

Drama yang bakal tamat dalam 2 episod sahaja lagi terpaksa menghentikan penggambarannya selepas salah seorang pelakon sampingannya iaitu Seo Sung-jong disahkan positif COVID-19.

6. More Than Friends (JTBC)

jtbc more than friends

Diterajui oleh Ong Seong-wu, Shin Ye-eun dan Kim Dong-jun, penggambaran drama itu turut menghentikan penggambarannya selepas pelakon Kim Hee-jung disahkan sebagai antara kontak rapat Kim Won-hae. Disebabkan pemeriksaan lanjut yang dilaluinya, penggambaran drama itu terpaksa ditangguhkan tetapi nasib baik kerana dia tidak mempunyai kontak rapat dengan para pelakon yang lain.

7. Day and Night (tvN)

tvn day and night

Kalau anda nak tahu, “Day and Night” diterajui oleh Namgoong Min dan Seol-hyun. Meskipun pelakon Kim Won-hae sudah pun habis merakamkan babaknya lama sebelum dia disahkan positif COVID-19, pihak produksi drama ini tetap menangguhkan penggambaran sehingga 25 Ogoso nanti sebagai langkah berhati-hati.

Manakala saluran JTBC turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan bahawa kesemua drama yang sedang menjalani penggambaran di bawah seliaan mereka akan berehat buat seketika. Meskipun tiada staf yang disahkan positif, namun ia adalah sebagai langkah berjaga-jaga dek jumlah kes yang kian meningkat di sekitar mereka. Penangguhan ini mungkin akan berlangsung sehingga 25 Ogos nanti.

Antara drama yang terlibat selain daripada apa yang disebut di atas ialah “18 Again”, “Live On” dan “Our School Is..”

Sama-sama kita nantikan laporan lanjut mengenai nasib kesemua drama ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...