Ikuti Kami:

“Couple Lah..” – Stress Ketika Penggambaran, Keprihatinan Yang Sechan Buat Jeon Somin Tular

“Couple Lah..” – Stress Ketika Penggambaran, Keprihatinan Yang Sechan Buat Jeon Somin Tular

Walaupun ‘low key’, tapi ramai yang perasan keakraban antara Yang Se-chan dan Jeon So-min.

Dalam episod “Running Man” terbaru, kesemua ahli perlu berentap sebagai pasangan untuk menentukan idea siapakah bakal digunakan untuk rakaman notis had umur baru di awal rancangan itu.

Untuk satu misinya, Jeon So-min yang berpasangan bersama Haha perlu menggenggam tangan dengan salah seorang ahli pasukan lawan.

Semasa bertemu kumpulan Yang Se-chan dan Song Ji-hyo, Jeon So-min meluahkan kesukaran yang dilaluinya hari itu kerana tidak dapat melaksanakan banyak misi.Ketika sedang bersembang, wanita itu secara perlahan menggenggam tangan Yang Se-chan untuk melunaskan misi tersembunyi itu. Walaupun berasa pelik dengan tindakan itu, lelaki tersebut membiarkannya sahaja.

Apabila diumumkan kumpulan Haha dan Jeon So-min memenangi misi tersebut, Yang Se-chan berkata,

Saya berasa pelik apabila Jeon So-min memegang tangan tapi saya biarkan sahaja kerana ingatkan dia inginkan sokongan kerana berasa sukar hari ini.

Mendengarkan penjelasan lelaki tersebut, rata-rata peminat meluahkan perasaan tersentuh kerana Yang Se-chan yang tidak kisah kalah kerana mahu menjaga hati Jeon So-min.

Kata peminat,

Baiknya Yang Se-chan.

 

Dating je lah korang.

 

Se-chan bagi pegang tangan sebab dia tahu So-min tengah tertekan.

 

Se-chan ialah seorang teman lelaki yang idea.

Baiknya dia..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...