COVID-19 Semakin Teruk Di Korea, Hyunbin & Hwang Jungmin Dihalang Masuk Ke Jordan Untuk Penggambaran

hyunbin dan hwang jungmin tak boleh masuk jordan

Semakin membimbangkan, kes COVID-19 di Korea kini telah menjangkau angka 893 dan nampaknya tidak akan berkurangan dalam masa terdekat ini. Kod kecemasan juga telah ditukar kepada warna merah menandakan betapa seriusnya masalah ini. Beberapa negara juga telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menahan kemasukan pelancong daripada negara Korea. Negara-negara tersebut ialah Jordan, Israel, Bahrain, Kiribati, Samoa dan wilayah US yang tidak diperbadankan Samoa Amerika.

Mungkin disebabkan oleh itu, pihak produksi filem “Bargaining” yang diterajui oleh Hyunbin dan Hwang Jungmin telah pun menghadapi kesukaran bagi merakamkan beberapa babak yang dicadangkan dilakukan di Jordan.

hyunbin dan hwang jungmin tak boleh masuk jordan

Menurut sumber, pihak produksi filem itu telah memasang niat untuk melakukan penggambaran di negara itu pada penghujung Mac tetapi disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 yang kian teruk di Korea, mereka dihalang daripada memasuki Jordan buat masa ini. Cuba menyelesaikan isu yang timbul, kesemua staf filem “Bargaining” telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi menyelesaikan masalah yang tidak dijangka ini. Mereka terpaksa membuat keputusan sama ada akan menangguhkan penggambaran buat sementara waktu atau pun memilih lokasi penggambaran di negara lain.

“Bargaining” membawa kisah dua ejen kerajaan yang ditugaskan untuk menyelamatkan warganegara Korea yang diculik di Timur Tengah. Hyunbin dan Hwang Jungmin telah pun menerima tawaran untuk membawa watak utama kepada naskhah itu.

Sama-sama kita nantikan keputusan pihak produksi mengenai isu ini.

Sumber: Star News

Leave a Reply