Biasalah kalau minat K-Pop, pasti akan cuba hafal lagu idola kegemaran masing-masing. Tak kisahlah pandai menyanyi ke tak atau pun pandai cakap bahasa Korea ke tak, belasah sahaja! Tapi beruntunglah kalau anda ada suara sedap dan juga pandai sebutan bahasa Korea contohnya seperti penyanyi tempatan iaitu Sarah Suhairi.
Kalau anda nak tahu gadis berusia 19 tahun ini merupakan peminat K-Pop sejak sebelum dia memasuki pertandingan Big Stage musim pertama lagi. Kerana lagu K-Pop jugalah menyebabkan dia melakar nama semasa program itu sehingga dia berjaya menyandang gelaran juara! Sarah berjaya memukau perhatian ramai menerusi persembahan lagu Blackpink iaitu ‘Ddu Ddu Ddu Ddu’ pada minggu ke-4 rancangan tersebut.
Sarah juga terkenal sebagai seorang yang sangat sayangi peminatnya dan kadang-kadang akan cuba penuhi permintaan mereka untuk ‘cover’ lagu Korea. Dengar cerita, ada seorang peminat telah meminta gadis itu supaya menyanyikan lagu kumpulan K-Pop terkenal iaitu EXO.
Stan sarah suhairi guysss