Utama Celebrity News “Comel” – Dating Bersama Min Hyorin, Taeyang BIGBANG Dedah Anak Lelaki Buat...

“Comel” – Dating Bersama Min Hyorin, Taeyang BIGBANG Dedah Anak Lelaki Buat Pertama Kali

taeyang son

Seronoklah tengok hubungan rapat antara pasangan Taeyang dan Min Hyo-rin.

Terbaru, ahli BIGBANG itu telah berkongsi video ‘Taeyang [Down To Earth] Documentary Filem PART 2] di saluran YouTube miliknya.

Dalam sedutan itu, dapat dilihat lelaki itu dan Min Hyo-rin meluangkan masa berjalan bersama. Melihatkan isterinya yang gembira apabila ternampak bunga lilacs, Taeyang tidak dapat menyembunyikan senyuman kerana telatah comelnya.

taeyang son

Apa yang menarik perhatian penonton ialah Taeyang menolak kereta sorong anak lelaki mereka. Walaupun tidak nampak muka, namun dapat dilihat sosok belakang kanak-kanak itu. Dengan berpakaian baju berkotak-kotak dengan topi corduroy, tangan anaknya yang kecil menggenggam pemegang kereta itu nyata membuatkan penonton tersenyum gembira.

Comel!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Loading...