Ikuti Kami:

Cipta Sejarah, BTS Tercalon Dalam Anugerah Grammy 2021

Cipta Sejarah, BTS Tercalon Dalam Anugerah Grammy 2021

Selepas lama dinanti, akhirnya kumpulan BTS telah menerima pencalonan dalam Anugerah Grammy 2021.

Pada 24 November, Recording Academy mengumumkan calon Anugerah Grammy untuk acara tahunan tersebut dan BTS berjaya meraih pencalonan pertama mereka.

Lagu popular mereka iaitu “Dynamite” telah dicalonkan dalam kategori ‘Best Pop Duo/Group Performance’ yang mengiktiraf pencapaian dalam ‘vokal baru atau duo instrumental/berkumpulan atau rakaman pop kolaborasi’.

Selain “Dynamite”, lagu lain yang tercalon dalam kategori itu ialah “Un Dia (One Day)” nyanyian J Balvin, Dua Lipa, Bad Bunny dan Tainy, “Intentions” dendangan Justin Beiber ft. Quavo, “Rain On Me” daripada Lady Gaga dan Ariana Grande dan “Exile” nyanyian Taylor Swift ft. Bon Iver.

Sebenarnya, album BTS pada 2018 iaitu “Love Yourself: Tear” pernah dicalonkan pada Anugerah Grammy 2018 dalam kategori Pakej Rakaman Terbaik, yang kemudiannya dianugerahkan kepada pengarah kreatif album tersebut. Dengan pencalonan terbaru in, ia menandakan kali pertama BTS sendiri yang tercalon untuk anugerah berprestij tersebut.

Hebat betul pencapaian BTS kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...