Ikuti Kami:

Cipta Rekod Baharu Sehingga Kini, ‘Squid Game’ Terima 4 Nominasi Di ‘SAG Awards’

Cipta Rekod Baharu Sehingga Kini, ‘Squid Game’ Terima 4 Nominasi Di ‘SAG Awards’

Meskipun sudah hampir 4 bulan ditayangkan, “Squid Game” masih kekal mencipta rekod baharu!

“Squid Game” telah menyaksikan kemasyhurannya dan ketenaran antarabangsa sejak dikeluarkan. Para pelakon telah diiktiraf untuk lakonan mereka daripada rancangan anugerah berprestij seperti Golden Globes, Gotham Awards dan banyak lagi.

Pada 13 Januari, “Squid Game” telah memecahkan satu lagi rekod, dengan menerima empat pencalonan di Screen Actors Guild (SAG) Awards yang diiktiraf. SAG Awards ini didedikasikan untuk mengiktiraf persembahan cemerlang dalam filem dan televisyen masa perdana, yang diberikan oleh Persatuan Pelakon Skrin-Persekutuan Artis Televisyen dan Radio Amerika. Dengan empat nominasi yang diterima “Squid Game”, ini menjadikannya siri bahasa asing pertama yang menerima pencalonan di pameran anugerah berprestij itu.

Empat pencalonan yang diterima ialah bagi kategori ‘Persembahan Aksi yang Luar Biasa oleh Ensembel Lagak Ngeri dalam Siri Televisyen’, ‘Persembahan Cemerlang oleh Ensembel dalam Drama Bersiri’ serta Jung Ho-yeon dan Lee Jung-jae masing-masing menerima pencalonan bagi kategori ‘Persembahan Cemerlang Pelakon Wanita dalam Drama Bersiri’ dan ‘Persembahan Cemerlang Pelakon Lelaki dalam Drama Bersiri’.

netflix squid game

Screen Actors Guild (SAG) Awards dijangka akan berlangsung pada 27 Januari ini di Barker Hangar, Santa Monica.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...