Ikuti Kami:

“Cinta Pertama Saya..” – Nampak Lebih Muda, Netizen Terpukau Dengan Kecantikan Jisoo BP

“Cinta Pertama Saya..” – Nampak Lebih Muda, Netizen Terpukau Dengan Kecantikan Jisoo BP

Ji-soo BLACKPINK memang tidak dinafikan merupakan salah seorang selebriti Korea Selatan dengan kecantikan yang menawan.

Terbaru pada 27 Februari, Ji-soo dilihat berada di Lapangan Terbang Incheon, dalam perjalanannya ke Paris untuk Minggu Fesyen Paris buat jenama Dior.

Khususnya, pelakon dan idola itu akan menghadiri acara berkenaan sebagai duta global kepada jenama tersebut.

Tampil dengan skirt hitam pendek dan baju belang, ramai terpukau dengan kecantikan semula jadi Ji-soo dan ada juga yang memuji bahawa dia kelihatan lebih muda dengan gaya dan warna rambut barunya itu. Cantik sangat!

jisoo blackpink

Selain itu, ada juga netizen yang menyatakan bahawa penampilan pelakon “Snowdrop” itu mengingatkan mereka tentang ‘cinta pertama’ mereka, iaitu pujian yang dikhaskan hanya untuk selebriti yang terpilih sahaja. Antara komen yang ditulis,

Dia kelihatan lebih seperti seorang pelakon dari seorang idola.

 

Dia benar-benar kelihatan seperti cinta pertama semua orang.

 

Cantiknya..mengapa dia nampak seperti waktu awal debut dulu?

Ji-soo taknak kongsi ke petua macam mana nak jadi cantik?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...