Terbaru, dikhabarkan bahawa penyanyi solo Chungha yang juga bekas ahli kumpulan I.O.I telah pun disahkan positif COVID-19.
Menurut kenyataan rasmi agensinya,
Kami ingin mengumumkan bahawa Chungha disahkan positif COVID-19.
Baru-baru ini, Chungha mendapat tahu bahawa dia mempunyai kontak dengan seorang pesakit yang positif virus itu lantas secara sukarela telah menjalani pemeriksaan. Pada pagi 7 Disember, keputusannya disahkan positif.
Chungha telah pun menundakan segala aktivitinya dan melalui kuarantin sendiri. Selain itu, dia turut mengikut segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak kesihatan.
Kesemua rtis dan kakitangan di agensi yang ada berjumpa dengan Chungha sudah pun melalui pemeriksaan dan ada yang akan mengambilnya nanti. Kami juga akan mengambil langkah berjaga-jaga apabila menerima kesemua keputusan mereka.
Agensi kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan polisi kerajaan dan menyahinfeksikan pejabat utama selain menjalani pemeriksaan am untuk infeksi lain. Kami juga akan mencuba sedaya upaya untuk menjaga kesemua artis di bawah agensi ini.
Walaupun disahkan bakal mengeluarkan album baru “QUERENCIA” pada 4 Januari nanti, tidak pasti sama ada ianya akan diteruskan atau ditangguhkan buat masa ini.
Chungha juga tidak terlepas untuk menulis buat peminatnya di laman peminat untuk memberitahu mengenai keadaan dirinya, namun dia menyatakan bahawa dia baik-baik sahaja buat masa ini dan meminta semua untuk tidak terlalu risau.
Semoga Chungha cepat sembuh!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.