Ikuti Kami:

Choi Siwon Disahkan Positif COVID-19

Choi Siwon Disahkan Positif COVID-19

Seorang lagi artis Korea disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.

Menurut SM Entertainment, Choi Si-won SUPER JUNIOR telah disahkan dijangkiti virus berkenaan pada pagi 10 Disember. Sudah pun lengkap dua dos vaksin pada September lalu, dia disahkan positif semasa menjalani ujian sebelum melakukan kerjanya.

Choi Si-won terus menghentikan semua jadualnya dan menjalani kuarantin kendiri. Dia tidak akan menyertai ‘2021 Mnet Asia Music Awards’ sebagai penyampai anugerah yang akan berlangsung pada keesokan hari.

choi siwon

Dalam pada itu, ahli SUPER JUNIOR yang lain serta staf yang menjadi kontak rapat sedang menantikan keputusan ujian COVID-19 mereka kini.

Choi Si-won dan syarikat kami akan terus mengikuti arahan yang ditetapkan pihak kuarantin dan kami akan buat yang terbaik supaya dia akan kembali sihat semula. Kami memohon maaf kerana merisaukan ramai orang.

Kesian Si-won..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...