Ikuti Kami:

Choi Kanghee & Kim Youngkwang Bakal Bergandingan Dalam Drama Fantasi Serta Komedi Romantik

Choi Kanghee & Kim Youngkwang Bakal Bergandingan Dalam Drama Fantasi Serta Komedi Romantik

Baru sahaja “Good Casting” selesaikan ditayangkan, pelakon Choi Kang-hee dikhabarkan bakal kembali ke kaca televisyen anda menerusi drama komedi romantik dan fantasi “Hi? It’s Me” tak lama lagi!

Nakhah ini mengisahkan tentang kehidupan Yoo Byul-na, seorang pekerja kontrak di syarikat manisan yang sudah mencecah usia 37 tahun. Sering terbeban dengan masalah tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, namun dia tetap bekerja dengan gigihnya.

Dengan suratan takdir yang berbelit, wanita ini berjumpa semula dengan dirinya yang berusia 17 tahun dan mula menyedari bahagia kehidupan dan dia mula sedar bahawa 30-an bukanlah menua sahaja.

choi kanghee dan kim youngkwang

Drama ini akan membawa kisah seorang wanita melalui perjalanan untuk memaafkan selain menyayangi diri sendiri. Laporan mengesahkan bahawa Choi Kang-hee telah menerima tanggungjawab untuk menjayakan watak Yoo Byul-na.

Manakala Kim Young-kwang pula telah ditawarkan watak utama lelaki iaitu Han Yoo-hyun, seorang pewaris kaya kepada syarikat manisan tersebut yang mula menjalani kehidupan yang berbeza tanpa kemewahan yang sering dimilikinya.

“Hi? It’s Me” sebenarnya merupakan adaptasi daripada novel “Fantastic Girl” yang ditulis oleh Kim Hye-jung pada tahun 2011.

Macam mana agaknya gandingan Choi Kang-hee dan Kim Young-kwang pada November nanti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...