Ikuti Kami:

Choi Jinhyuk Jadi Zombi Dalam Kalangan Manusia, ‘Zombie Detective’ Mula Tayangan 31 Ogos Ini

Choi Jinhyuk Jadi Zombi Dalam Kalangan Manusia, ‘Zombie Detective’ Mula Tayangan 31 Ogos Ini

Selepas berlakon drama sci-fi “Rugal” baru-baru ini, Choi Jin-hyuk kini kembali dengan sebuah drama zombi terbaru di bawah saluran KBS.

“Zombie Detective” ialah sebuah ‘komedi kemanusiaan’ tentang seorang zombi yang berada pada tahun kedua selepas bangkit semula dan menjadi detektif untuk membongkar kisah silamnya. Dalam masa yang sama, dia cuba untuk hidup bersama dengan umat manusia.

Choi Jin-hyuk bakal membawa watak Kim Moo-young, zombi kacak dengan tubuh fizikal yang hebat. Selepas dua tahun dibangkitkan semula sebagai zombi dan turut kehilangan memorinya selain terpaksa untuk membetulkan percakapannya dan pergerakannya yang kekok, dia memulakan kehidupan baru sebagai seorang detektif.

kbs zombie detective

Manakala Park Ju-hyun pula membawa watak Gong Seon-ji, seorang penulis bagi program kewartawanan penyiasatan yang optimistik, tabah dan pentingkan keadilan. Apabila seorang saksi bagi satu kes yang sedang disiasatnya diserang oleh pelaku yang tidak dikenali, dia meninggalkan industri tersebut kerana ketakutan. Selepas berjumpa dengan detektif zombi Kim Moo-young, wanita itu mula bekerja di pejabatnya.

Bagi yang dah tak sabar, “Zombie Detective” bakal ditayangkan di saluran KBS pada 31 Ogos ini, selepas “To All The Guys Who Loved Me”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...