Ikuti Kami:

Choi Jinhyuk Jadi Zombi Dalam Kalangan Manusia, Rating Awal Drama Komedi ‘Zombie Detective’ Baik

Choi Jinhyuk Jadi Zombi Dalam Kalangan Manusia, Rating Awal Drama Komedi ‘Zombie Detective’ Baik

Rasanya banyak pula drama dan filem yang mengetengahkan elemen zombi sejak kebelakangan ini di Korea. Terbaru, KBS baru sahaja menayangkan drama dengan tema yang sama bertajuk “Zombie Detective”

Sinopsis ringkas

“Zombie Detective” ialah sebuah ‘komedi kemanusiaan’ tentang seorang zombi yang berada pada tahun kedua selepas bangkit semula dan menjadi detektif untuk membongkar kisah silamnya. Dalam masa yang sama, dia cuba untuk hidup bersama dengan umat manusia.

Kim Moo-young (Choi Jin-hyuk), zombi kacak dengan tubuh fizikal yang hebat. Selepas dua tahun dibangkitkan semula sebagai zombi dan turut kehilangan memorinya selain terpaksa untuk membetulkan percakapannya dan pergerakannya yang kekok, dia memulakan kehidupan baru sebagai seorang detektif.

episod awal zombie detective

Manakala Gong Seon-ji (Park Ju-hyun), seorang penulis bagi program kewartawanan penyiasatan yang optimistik, tabah dan pentingkan keadilan. Apabila seorang saksi bagi satu kes yang sedang disiasatnya diserang oleh pelaku yang tidak dikenali, dia meninggalkan industri tersebut kerana ketakutan. Selepas berjumpa dengan detektif zombi Kim Moo-young, wanita itu mula bekerja di pejabatnya.

Terima respons baik

Yang lainnya mengenai drama zombi ini ialah ia menerapkan banyak babak humor, sesuatu yang jarang dijumpai dalam premis dengan tema yang sama. Biasanya naskhah yang memaparkan zombi pastinya akan ditonjolkan sebagai sesuatu makhluk yang menakutkan namun Kim Moo-young merupakan seorang zombi yang terpaksa mengalami kesukaran dalam menyesuaikan diri dalam kalangan manusia.

episod awal zombie detective

Bahkan ramai yang seronok melihat hubungan yang kian bercambah di antara si zombi tersebut dengan Gong Seon-ji. Mungkin disebabkan itu, “Zombie Detective” berjaya meraih rating yang agak baik untuk dua episod terawalnya iaitu 2.9% dan 3.6%. Satu rekod yang baik berbanding dengan drama yang ditayangkan sebelumnya iaitu “To All The Guys Who Loved Me”.

Tonton “Zombie Detective” pada setiap Isnin dan Selasa di KBS!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...