Ikuti Kami:

‘Chief Of Staff’ Kembali Dengan Musim Kedua Pada 11 November Ini!

‘Chief Of Staff’ Kembali Dengan Musim Kedua Pada 11 November Ini!

Siapa yang menonton drama ‘Chief of Staff’ pasti sedang menantikan musim keduanya kan? Yalah musim pertama drama itu hanya mengandungi 10 episod. Untuk siri yang pertamanya, drama ini menceritakan tentang Jang Taejoon (Lee Jung Jae), seorang pembantu seorang ahli politik yang bercita-cita tinggi. Tidak puas bekerja hanya sebagai orang kanan, lelaki itu akhirnya mengumumkan pencalonannya sebagai wakil rakyat pada pengakhiran drama ini. Semestinya semua menantikan sambungan kepada kisah pencalonannya itu.

Berita gembira untuk penonton! Dengar khabar, musim kedua untuk drama ini akan mula ditayangkan pada 11 November nanti. Melalui video sedutan pendek yang dimuat naik oleh saluran televisyen jTBC, musim terbaru ini akan membawa penonton mendalami watak Jang Taejoon yang bakal megharungi pelbagai liku dalam usahanya sebagai wakil rakyat.

chief of staff musim kedua

Semua pelakon daripada musim pertama iaitu Shim Minah, Lee Elijah, Kim Dongjun, Kim Kapsoo dan Jung Wooin akan kekal dengan watak mereka dalam musim kedua ini. Mereka turut akan disertai oleh beberapa watak baru yang akan dilakonkan oleh Jung Mansik, Park Hyojoo dan Jo Bokrae.

Menurut pihak produksi, episod pertama ‘Chief of Staff 2’ akan mula ditayangkan pada 11 November pada jam 9.30 malam. Mereka juga menjelaskan bahawa kunci penting dalam plot musim ini ialah apakah jalan politik yang akan diambil oleh Jang Taejoon selepas dia telah berkorban untuk mendapatkan tempat sebagai wakil rakyat.

Jadi, kepada sesiapa yang dah lama menanti sambungan kepada kisah Jang Taejoon ini, bolehlah bersiap sedia di hadapan kaca televisyen pada 11 November ini. Tak sabar nak tengok Lee Jungjae dan Shin Minah!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...