Ikuti Kami:

‘Chief Of Staff 2’ Tamat Dengan Rating Yang Memuaskan!

‘Chief Of Staff 2’ Tamat Dengan Rating Yang Memuaskan!

Walaupun ramai yang sukakan drama Korea bertemakan romantik ataupun ‘ringan’ tetapi rupanya ada juga penonton yang sukakan naskhah berat yang menekankan isu politik di dalamnya. Buktinya apabila drama “Chief Of Staff” telah mendapat reaksi yang memberangsangkan lantas ianya telah disambung sehingga musim kedua!

chief of staff 2

Drama ini mulanya mendapat perhatian ramai kerana ia menandakan kepulangan pelakon hebat iaitu Lee Jungjae dalam layar kecil selepas 10 tahun selesa menerajui filem demi filem. Penonton juga teruja melihat kemunculan pelakon Shin Minah yang berehat daripada dunia lakonan selama dua tahun.

Meskipun ramai teruja dengan drama “Chief Of Staff 2”, tetapi kini pasti semuanya sedang bersedih kerana naskhah tersebut telah sampai ke penghujungnya. Musim ini telah membawa penonton mendalami watak Jang Taejoon yang bakal megharungi pelbagai liku dalam usahanya sebagai wakil rakyat. Pihak produksi juga ada menjelaskan sebelum ini bahawa kunci penting dalam plot musim ini ialah apakah jalan politik yang akan diambil oleh Jang Taejoon selepas dia telah berkorban untuk mendapatkan tempat sebagai wakil rakyat.

chief of staff 2 episod 2

Membanggakan apabila episod terakhir “Chief Of Staff 2” telah merekodkan catatan rating yang tinggi iaitu 5.34%! Bahkan ia adalah rekod terbaik yang pernah dicatat oleh produksi itu dan memecahkan rekod yang pernah dikaut semasa musim pertama iaitu 5.314%. Hebat!

Kepada sesiapa yang tidak tahu nak marathon drama Korea yang mana, boleh lah mula menonton siri “Chief Of Staff”!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...