Ikuti Kami:

‘Chief Of Staff 2’ Mulakan Tayangan Dengan Rating Memberangsangkan!

‘Chief Of Staff 2’ Mulakan Tayangan Dengan Rating Memberangsangkan!

Siapa yang menonton drama “Chief of Staff” pasti sedang menantikan musim keduanya kan? Yalah musim pertama drama itu hanya mengandungi 10 episod sahaja! Untuk siri yang pertamanya, drama ini membawa kisah tentang Jang Taejoon (Lee Jung Jae), seorang pembantu seorang ahli politik yang bercita-cita tinggi. Tidak puas bekerja hanya sebagai orang kanan, lelaki itu akhirnya mengumumkan pencalonannya sebagai wakil rakyat pada pengakhiran drama ini. Semestinya semua menantikan sambungan kepada kisah pencalonannya itu.

Setelah tertunggu-tunggu, akhirnya episod pertama kepada musim kedua drama itu telah pun ditayangkan semalam di saluran jTBC. Musim terbaru ini membawa penonton mendalami watak Jang Taejoon yang bakal megharungi pelbagai liku dalam usahanya sebagai wakil rakyat. Pihak produksi juga ada menjelaskan sebelum ini bahawa kunci penting dalam plot musim ini ialah apakah jalan politik yang akan diambil oleh Jang Taejoon selepas dia telah berkorban untuk mendapatkan tempat sebagai wakil rakyat.

chief of staff 2 mula dengan rating yang baik

Menurut Nielsen Korea, episod pertama “Chief of Staff 2″ telah mencatat rating sebanyak 4.2% walaupun rekod episod pertama musim pertamanya mencatatkan rating yang lebih tinggi iaitu 4.4%. Walaubagaimanapun, rating drama itu kelmarin adalah lebih tinggi berbanding episod terakhir (3.8%) drama “Flower Crew: Joseon Marriage Agency” yang ditayangkan dalam slot tayangan yang sama sebelum ini.

Kepada yang ikuti musim pertama, jangan lupa untuk mula menonton musim kedua “Chief of Staff” ini! Tak perlu bersusah payah mencari, anda boleh tonton drama ini di Netflix terus.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...