Ikuti Kami:

‘Cheat On Me If You Can’ Penuh Misteri & Persoalan, Episod Awal Catat Rating Baik

‘Cheat On Me If You Can’ Penuh Misteri & Persoalan, Episod Awal Catat Rating Baik

Terbaru, KBS telah pun menayangkan drama misteri “Cheat On Me If You Can” sejak dua hari lepas.

Sinopsis ringkas

Drama komedi dan misteri thriller ini mengisahkan orang dewasa yang melakukan kesalahan walaupun berasa bersalah. Jo Yeo-jeong pula membawa watak novelis thriller jenayah popular Kang Yeo-joo yang sentiasa memikirkan cara untuk membunuh orang. Go Joon menggalas watak sebagai suami wanita itu iaitu Han Woo-sung, seorang peguam penceraian yang telah menulis perjanjian dengan isterinya yang berbunyi, “Jikalau awak curang, awak mati.”

episod awal cheat on me if you can

Episod awal menarik

[Amaran SPOILER]

Bermatian berjanji tidak akan curang, namun sepertinya Han Woo-sung menjalinkan hubungan intim dengan beberapa wanita disebalik pengetahuan isterinya. Malah lelaki itu berusaha menyorok segala bukti termasuk memastikan wanita simpanannya menggunakan minyak wangi yang sama dengan isterinya supaya dia tidak disyaki langsung.

episod awal cheat on me if you can

Pun begitu, Kang Yeo-joo bukanlah seorang yang mudah dipermainkan memandangkan pengetahuannya yang mendalam sebagai seorang penulis novel thriller. Penonton juga tak sabar menyaksikan kaitan seorang pekerja separuh masa Cha Soo-ho (Kim Young-dae) yang asyik mengintip gerak-geri wanita itu selain menyelamatkannya daripada serangan sekumpulan penunjuk perasaaan di majlis pelancaran novelnya.

episod awal cheat on me if you can

[SPOILER Tamat]

Masih terlalu awal lagi untuk mengorek segala misteri mengenai setiap wataknya. Namun dua episod awal ini nyata berjaya menarik perhatian penonton.

Rating baik

Baru sahaja ditayangkan, “Cheat On Me If You Can” sudah pun menunjukkan catatan rating yang baik iaitu 4.1% dan 5.8% untuk episod pertamanya, manakala rating episod kedua pula ialah 4.3% dan 5.8%. Not bad untuk drama baru yang ditayangkan!

Plotnya yang mendebarkan nyata mampu menarik perhatian penonton. Rasanya anda pun kena follow drama “Cheat On Me If You Can” sekiranya tak mahu terlepas naskhah yang bagus.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...