Ikuti Kami:

Chae Soobin Dilamar Terajui Drama Remake Jepun ‘Caution, Hazardous Wife’

Chae Soobin Dilamar Terajui Drama Remake Jepun ‘Caution, Hazardous Wife’

Selepas siri Netflix “The Fabulous”, pasti ramai yang menantikan drama lakonan Chae Soo-bin yang seterusnya, kan?

Terbaru pada 22 Mac, agensi mengumumkan bahawa Chae Soo-bin telah menerima tawaran untuk terajui drama “Caution, Hazardous Wife” dan sedang menelitinya kini.

Untuk pengetahuan, “Caution, Hazardous Wife” ialah pembuatan semula Korea dari drama Jepun, yang mengisahkan tentang seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki yang dia jatuh cinta pada pandangan pertama semasa janji temu, untuk memulakan hidupnya dan mencari kebahagiaan.

Kemudian, dia berpindah ke kawasan perumahan mewah yang tenang dan di sana dia berkawan dengan suri rumah lain dan membantu mereka menghadapi krisis.

chae soobin

Jika Chae Soo-bin menerima tawaran ini, dia akan memainkan watak Isayama Nami, yang dimainkan oleh pelakon Ayase Haruka dalam siri asal Jepun.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...