Ikuti Kami:

Chae Jonghyeop & Park Juhyun Sah Terajui Drama Sukan Romantik ‘The Speed To You Is 493km’

Chae Jonghyeop & Park Juhyun Sah Terajui Drama Sukan Romantik ‘The Speed To You Is 493km’

Wah nampaknya Chae Jong-hyeop dan Park Ju-hyun dan disahkan untuk satu drama baru KBS!

“The Speed To You Is 493km” ialah drama sukan romantik berkisar mengenai keghairahan dan cinta lelaki dan wanita dalam kumpulan beregu campuran double di mana ahlinya ialah daripada kumpulan perniagaan badminton.

Park Ju-hyun membawa watak Park Tae-yang, seorang pemain badminton yang hidupnya hanyalah memikirkan mengenai sukan. Mempunyai kemahiran ‘smash’ yang hebat dan merupakan salah seorang calon sukan Olimpik, dia berpaling arah daripada badminton selepas satu kejadian misteri. Selepas menyertai pasukan perniagaan Eunice dan memegang semula raket badminton buat pertama kalinya dalam masa 3 tahun, semangatnya untuk mencapai matlamat dahulu kembali menyala.

kbs the speed to you is 493km

Chae Jong-hyeop pula akan melakonkan watak Park Tae-joon, seorang pemain yang melihat badminton hanyalah sebagai kerjaya. Lelaki itu mengimpikan kehidupan yang selesa selepas bersara, namun terpaksa menyertai kumpulan perniagaan Eunice selepas dibuang daripada pasukan majlis perbandaran. Selepas mengenali Park Tae-yang, pandangannya mengenai badminton mula berubah malah dia turut mendapat matlamat hidup yang baru.

Khabarnya, drama ini akan memulakan tayangan pada separuh pertama 2022 dan ramai yang sudah menantikan keserasian Chae Jong-hyeop dan Park Ju-hyun dalam drama ini nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...