Ikuti Kami:

Cha Eunwoo Dikritik Jadi Duta Tuala Wanita Tapi Ada Persoal Kenapa Park Seojun & Yoo Yeonseok Boleh Pula?

Cha Eunwoo Dikritik Jadi Duta Tuala Wanita Tapi Ada Persoal Kenapa Park Seojun & Yoo Yeonseok Boleh Pula?

Peminat K-Pop pastinya mengenali Cha Eun-woo daripada kumpulan ASTRO dek kerana ketamapanannya. Malahan rata-rata netizen Korea juga mengenali lelaki ini walaupun mereka tidak meminati idola.

Disebabkan oleh kepopularitian Eun-woo, sudah pasti banyak jenama barangan terkenal yang mahu menjadikan idola itu sebagai duta kepada produk mereka. Tapi mengejutkan apabila dia dipilih untuk menjadi ‘wajah’ kepada satu jenama tuala wanita.

cha eunwoo jadi duta tuala wanita

Eun-woo telah menerima tawaran tersebut daripada jenama kecantikan “Secret Day” kerana imej comelnya yang menjadi kegilaan ramai. Pun begitu, berita tersebut nyata menimbulkan kemarahan ramai wanita kerana mereka tidak faham kenapa lelaki dipilih untuk mempromosikan produk keperluan wanita.

Kenapa gunakan lelaki dalam iklan tuala wanita…? Mereka bukannya memahami penggunaan produk itu kerana tidak pernah menggunakannya.

 

Malasnya pihak pemasaran produk ini? Mereka hanya menggunakan wajah Cha Eun-woo bagi menimbulkan topik hangat.. Apa yang penting kepada tuala wanita adalah fungsinya.. Siapa yang pilih tuala wanita berdasarkan dutanya?

 

Ramai wanita yang menyukai Cha Eun-woo jadi mereka sangkakan penjualan akan menjadi laris tetapi saya benci mereka kerana menggunakan lelaki itu ‘mendapatkan’ kita seperti ini…

 

Tak payah guna wajah selebriti untuk menjual produk seperti ini. Daripada menghabiskan duit untuk perkara seperti itu, apa kata cuba kurangkan harga tuala wanita?

Bahkan tiga tahun yang lalu, ASTRO adalah kumpulan idola lelaki pertama yang dipilih menjadi duta kepada produk kebersihan wanita. Jenama “Secret Day” turut menerima krtitikan yang sama pada ketika itu tetapi nampaknya mereka masih berkeras untuk menggunakan taktik pemasaran ini.

Namun difahamkan bahawa produk dengan jenama yang sama dan yang lain juga pernah menggunakan selebriti lelaki yang lain seperti Yoo Yeon-seok, Seo Kang-joon dan Park Seo-joon sebagai duta mereka.

Dahulu Eric Nam, Seo Kang-joon dan Park Seo-jun pun jadi duta juga, tapi kenapa Cha Eun-woo yang kena caci?

 

Park Seo-jun pun pernah jadi model kan?

 

Yoo Yeon-seok pun pernah jadi model iklan tuala wanita kan? Saya pun berasa pelik apabila pertama kali melihatnya.

guna selebriti lelaki untuk promosi tuala wanita

Pelik juga kalau lelaki yang jadi duta tuala wanita kan?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...