Ikuti Kami:

Cetus Fenomena Seperti ‘Winter Sonata’, ‘Crash Landing On You’ Kekal No 1 Di Netflix Jepun Sejak Februari

Cetus Fenomena Seperti ‘Winter Sonata’, ‘Crash Landing On You’ Kekal No 1 Di Netflix Jepun Sejak Februari

Walaupun dah habis tayangan awal tahun ini tetapi nampaknya “Crash Landing On You” masih lagi menghantui ramai peminat K-Drama di Jepun!

Kalau anda nak tahu, drama romantik tersebut kekal berada dalam ranking 10 teratas bagi rancangan TV di Netflix, bahkan ia duduk selesa di tempat pertama sejak Februari lagi sehinggalah ke hari ini. Hebat!

crash landing on you disamakan dengan winter sonata

Melihatkan pencapaian yang mengagumkan tersebut, ramai yang beranggapan bahawa fenemone “Crash Landing On You” ini sama hebat dengan gelombang yang pernah dibawa oleh drama “Winter Sonata” di Jepun pada tahun 2002 dahulu. Naskhah ini juga dikatakan menghidupkan kembali api gelombang Korea yang kini sedikit surut di Jepun sejak kebelakangan ini.

Bukan sahaja peminat K-Drama di Jepun yang tergila-gilakan drama cinta terhalang di antara wanita kaya daripada Korea Selatan dan lelaki yang berkhidmat sebagai tentera Korea Utara ini, malahan pelakon terkenal di negara matahari terbit itu sendiri yang mengakui bahawa mereka turut tidak terlepas menonton naskhah popular itu.

crash landing on you disamakan dengan winter sonata

Majalah Variety juga menamakan “Crash Landing On You” sebagai ‘Program Antarabangsa Terbaik di Netflix’ selain turut menerima jolokan antara ‘Drama Korea Terbaik di Netflix’ daripada Majalah Time. Dahsyat kan?

Mungkin anda tidak tahu tetapi “Crash Landing On You” pun masih lagi tersenarai dalam top 10 rancangan popular di Malaysia. Tak sangka kepopularitian drama ini boleh tahan selama ini kan?

crash landing on you di netflix malaysia

Nampaknya gandingan di antara pelakon Hyun-bin dan Son Ye-jin ternyata berjaya mencipta fenomena yang hebat ini sekaligus mengangkat K-Drama sehingga ke mata dunia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...