Ikuti Kami:

Cerita Romantik Pejabat Gabung Sentuhan Fantasi, Tonton ‘Kiss Sixth Sense’ Di Disney+ Kini

Cerita Romantik Pejabat Gabung Sentuhan Fantasi, Tonton ‘Kiss Sixth Sense’ Di Disney+ Kini

Siapa yang mahukan drama romantik baru? Nah! Ada naskhah baru yang sesuai untuk anda daripada Disney+ Hotstar!

Sinopsis

Diadaptasi kepada webtoon baru-baru ini, “Kiss Sixth Sense” membawa kisah Hong Ye-seul (Seo Ji-hye) yang boleh melihat masa hadapan apabila mencium seseorang. Pada suatu hari, dia tanpa sengaja telah tercium bosnya, Cha Min-hoo (Yoon Kye-sang) dan dia ternampak mereka berada di atas katil bersama.

Hubungan ‘panas sejuk’

[Amaran SPOILER]

Episod awal memaparkan hubungan ‘tarik tali’ antara Hong Ye-seul, seorang pengurus pengiklanan yang asyik bercanggah pendapat dengan bosnya, Cha Min-hoo. Meskipun menerima pelbagai tunjuk ajar daripada lelaki itu sejak awal kerjayanya, namun wanita tersebut tidak mampu memahami kebengisannya.

disney+ kiss sixth sense

Tampil elegan tetapi tiada siapa yang tahu mengenai kebolehan terpendam Hong Ye-seul di mana dia boleh melihat masa hadapan berkaitan seseorang apabila bibirnya tersentuh dengan mana-mana bahagian badan mereka.

Meskipun sering dimarahi oleh bosnya itu namun satu insiden telah menyebabkan pandangan Hong Ye-seul terhadap lelaki tersebut berubah. Ianya apabila dia tanpa sengaja tercium Cha Min-hoo dan terlihat ‘masa hadapan’ mereka melakukan hubungan intim. Apa?!

disney+ kiss sixth sense

Keserasian memukau

Meskipun masih belum bermula lagi kisah romantik antara kedua mereka, namun penonton sudah pun meluahkan rasa teruja melihat keserasian mantap daripada Yoon Kye-sang dan Seo Ji-hye.

Buat pencinta drama romantik! Penuhi hari Rabu anda dengan drama “Kiss Sixth Sense” di Disney+ Hotstar, pasti tak menyesal!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...