Ikuti Kami:

Cef Popular & Boleh Rasai Emosi Seorang Wanita, Kim Seonho Dilamar Terajui Drama Misteri Manusia ‘Link’

Cef Popular & Boleh Rasai Emosi Seorang Wanita, Kim Seonho Dilamar Terajui Drama Misteri Manusia ‘Link’

Belum lagi tamat drama “Start-Up” tapi khabarnya Kim Seon-ho sudah pun menerima tawaran untuk membintangi drama baru.

Berita berterbangan dalam industri lakonan Korea pagi ini mengatakan yang Kim Seon-ho memilih untuk membintangi drama baru tvN bertajuk “Link: Eat And Love, Like Your Live Depends On It”. Ia merupakan drama misteri kemanusiaan dan fantasi yang beremosi mengenai seorang lelaki yang tiba-tiba boleh merasai emosi seorang wanita, tak kisahlah sama ada gembira, sedih ataupun sakit.

Jikalau menerima tawaran ini, Kim Seon-ho akan membawa watak Eun Gye-hoon iaitu seorang lelaki yang membuka sebuah restoran di kejiranan terbiar, yang juga merupakan tempat adik perempuannya hilang 20 tahun lalu. Dia merupakan seorang cef di sebuah restoran terkenal yang diiktiraf Michellin dan berjaya menangkap perhatian pelanggan dek wajahnya yang kacak dan persembahan masakannya. Namun tanpa diduga, dia mula gelak dan menangis secara tiba-tiba dan Gye-hoon ternyata malu kerana dia mula mengalami perasaan sebegini selepas 20 tahun adiknya menghilangkan diri. Segalanya menjadi lebih pelik apabila dia mengenali No Da-hyun, wanita yang bertanggungjawab terhadap perubahan emosinya.

kim seonho link

Malah agensi naungan lelaki itu iaitu SALT Entertainment turut mengeluarkan kenyataan rasmi,

Kim Seon-ho telah menerima tawaran drama baru tvN ‘Link’. Disebabkan dia masih lagi sedang menjalani penggambaran ‘Start-Up’, agak sukar untuk kami memberikan sebarang kenyataan. Apa pun, dia sedang meneliti skrip drama tersebut dengan sebaiknya.

Harapnya Kim Seon-ho terima tawaran ini, tak sabar nak tengok dia jadi watak utama!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...