Ikuti Kami:

Cedera Di Lutut & Muka, Rocky ASTRO Tarik Diri Dari Persembahan Di ‘KBS Song Festival’

Cedera Di Lutut & Muka, Rocky ASTRO Tarik Diri Dari Persembahan Di ‘KBS Song Festival’

Rocky dari kumpulan ASTRO sedang dirawat kerana kecederaan.

Pada 16 Disember, agensi ASTRO, Fantagio menyatakan bahawa Rocky akan menarik diri daripada persembahan di 2021 ‘KBS Song Festival’, akibat kecederaan. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan:

Hello, ini Fantagio.

Ini adalah kenyataan kami mengenai perubahan penjadualan selepas Rocky ASTRO mengalami kecederaan pada lutut dan mukanya.

Malam tadi (Rabu, 15 Disember), Rocky sedang berlatih, dan tiba-tiba dia mengalami kesan melecet berhampiran kiri mata dan lutut yang lebam. Kami membawanya segera ke hospital berdekatan, di mana dia menerima rawatan daripada doktor.

Dia tidak disahkan mengalami kecederaan besar, tetapi doktor menilai bahawa sukar baginya untuk meneruskan jadualnya pada masa ini. Justeru, ASTRO akan membuat persembahan tanpa Rocky dan sebagai lima ahli sahaja pada 2021 ‘KBS Song Festival’ pada 17 Disember ini.

Kami memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan dengan berita mengejut ini. Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk kesihatan artis kami dan kami akan bekerja keras untuk pemulihan yang cepat.

2021 ‘KBS Song Festival’ ditayangkan pada 17 Disember, hari ini, jam 7:30 malam, dengan Cha Eun-woo ASTRO, Seol-hyun AOA, dan Rowoon SF9 sebagai MC.

astro rocky

Semoga cepat sembuh Rocky!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...