Siapa yang berlakon “The Penthouse” pasti akan menempa nama dalam kalangan peminat K-Drama kini.
Sama seperti Han Ji-hyun yang membawa watak antagonis, Joo Seok-kyung. Meskipun memaparkan sisi berlagak dan tidak berperikemanusiaannya sebagai salah seorang ahli ‘Hera Palace’ tapi ramai yang dikatakan jatuh cinta dengan pelakon muda itu.
View this post on Instagram
Terbaru, gadis itu meluahkan rasa terima kasih selepas pengikut Instagram miliknya sudah mencecah seramai 1 juta orang kini. Daripada entri tersebut, dapat dilihat yang Han Ji-hyun hanya memiliki 100 ribu pengikut pada Disember lalu namun meningkat dengan drastik sejak kemunculannya dalam “The Penthouse”.
Buat penonton ‘The Penthouse’ dan juga peminat saya, terima kasih sangat-sangat.
Masih lagi seorang pelakon baru dan mempunyai banyak kelemahan, sangat terkejut dan gementar apabila menerima perhatian dan kasih sayang sebanyak ini. Sampaikan terfikir sama ada saya merupakan seseorang yang sesuai dengan jangkaan dan cinta tersebut. Pada masa hadapan, saya akan bekerja dengan lebih keras, belajar dengan lebih lagi tentang lakonan dan menampilkan lakonan yang lebih baik.
Uwaaa, bangun pagi, dah cecah satu juta.
Tahniah si cantik Han Ji-hyun!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.