Ikuti Kami:

Cecah Ratusan Ribu, Jumlah Bayaran Song Hyekyo Untuk Setiap Episod ‘The Glory’ Didedahkan

Cecah Ratusan Ribu, Jumlah Bayaran Song Hyekyo Untuk Setiap Episod ‘The Glory’ Didedahkan

Merupakan antara pelakon Korea yang paling popular kini, agak-agaknya berapakah bayaran yang diterima Song Hye-kyo untuk setiap drama?

Baru-baru ini, wartawan Moonhwa Ilbo iaitu Ahn Ji-yong telah mengeluarkan video baru di saluran YouTubenya, mendedahkan pelakon Korea yang menerima paling banyak bayaran untuk setiap episod drama pada tahun 2023.

Khususnya dia berkata,

Pelakon wanita menerima kurang bayaran dari pelakon lelaki.

Kemudian wartawan itu mendedahkan,

Jun Ji-hyun dan Song Hye-kyo menerima sekitar 200 juta KRW (RM 690,053) untuk setiap episod drama.

song hyekyo the glory

Bagaimanapun selepas populariti siri asal Netflix “The Glory”, Song Hye-kyo dijangka akan menerima lebih banyak bayaran untuk projek yang seterusnya.

Bagi yang belum tahu, “The Glory” membawa kisah Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah oleh sekumpulan pelaku, hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam.

Nantikan bahagian 2 “The Glory” bakal ditayangkan pada 10 Mac ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...