Ikuti Kami:

Catat Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan, Penonton Puas Hati Lihat Ending ‘Happiness’

Catat Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan, Penonton Puas Hati Lihat Ending ‘Happiness’

Sedih kan apabila drama kesayangan kita melabuhkan tirai? Sama seperti “Happiness” yang menayangkan episod akhirnya semalam.

Sinopsis

Ia adalah sebuah drama thriller malapetaka di mana pada ketika itu, penyakit berjangkit ialah sesuatu yang normal. Di sebuah apartmen baru dalam bandar yang luas di mana tingkat atas dihuni oleh bahagian pemasaran am dan tingkat bawah pula disewakan.

Akhir bahagia

[Amaran SPOILER]

Meskipun ada ura-ura mengatakan bahawa mungkin “Happiness” akan tamat dengan kesedihan tapi episod akhir ini nyata membuatkan tekaan ramai meleset. Meskipun Jung Yi-hyun (Park Hyung-sik) sepertinya akan menemui ajal namun Yoon Sae-bom (Han Hyo-joo) tidak berputus asa untuk menyelamatkannya. Dengan antibodi yang dimilikinya, dia melawan kesemua penjahat dan dapat membantu lelaki itu pada akhirnya. Bahkan mereka mengesahkan perasaan masing-masing ketika semuanya sudah kembali normal.

tvn happiness

Seperti tajuknya, akhirnya Yoon Sae-bom dan Jung Yi-hyun menemui bahagia mereka dalam dunia yang baru.

Rating baik

“Happiness” nyata tidak menghampakan dengan plot yang padat selama 12 episod ini. Sejak awal tayangannya, ia mendapat perhatian ramai kerana gandingan teraju utama yang hebat selain jalan cerita yang membuatkan penonton tidak mampu meninggalkan skrin televisyen.

Untuk episod terakhir, “Happiness” berjaya mencipta rekod peribadi apabila meraih rating sebanyak 4.2%.

Puas hati tak dengan ending?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...