Ikuti Kami:

Cari Palsu Dalam Yang Benar, Tonton Ahli ‘Sixth Sense’ Bekerjasama & Khianati Satu Sama Lain 3 September Ini

Cari Palsu Dalam Yang Benar, Tonton Ahli ‘Sixth Sense’ Bekerjasama & Khianati Satu Sama Lain 3 September Ini

Pastinya ramai yang dah tak sabar menantikan rancangan terbaru yang digarap oleh bekas PD “Running Man” iaitu Jung Chul-min. Malahan ia turut menampilkan dua orang ahli program popular tersebut iaitu Yoo Jae-suk dan Jun So-min!

“The Sixth Sense” yang turut dianggotai oleh pelakon Oh Na-ra, penyanyi Jessi dan Mi-joo (ahli kumpulan Lovelyz) bakal menjemput seorang tetamu selebriti jemputan setiap minggu dan mereka akan melawat ke sebuah lokasi dengan latar belakang yang luar biasa. Di situ, setiap daripada selebriti itu perlu mengenal pasti apa yang ‘palsu’ dalam yang benar dengan menggunakan deria ke-6 masing-masing.

Yang menariknya setiap daripada mereka mungkin akan bekerjasama bagi mencari yang palsu atau pun memilih untuk mengkhianati satu sama lain bagi memastikan kemenangan berpihak kepada seorang sahaja.

tvn the sixth sense

Pelakon Oh Na-ra berkongsi pengalaman pertama menyertai program hiburan sebagai ahli tetap,

Saya akan menunjukkan anda sisi manusia Oh Na-ra.

Jun So-min pula berkongsi rasa seronok mengenali ahli yang lain,

Yang paling utama, saya seronok dapat mengenali Oh Na-ra dan Jessi. Saya sangat terhibur sepanjang penggambaran dan ianya akan terus menggembirakan selepas ini.

Kata Jessi,

Saya sangat bersyukur dapat menjadi sebahagian pasukan ‘The Sixth Sense’. Saya akan tunjukkan pada semua bagaimana saya sangat sepadan dengan firasat sendiri.

tvn the sixth sense

Tambah Mi-joo,

Saya seronok dapat menjalani penggambaran dengan ahli lain yang lebih senior dan sangat gembira dapat mempelajari banyak benda daripada mereka.

Kepada sesiapa yang dah tak sabar, “The Sixth Sense” bakal menemui anda pada 3 September nanti menerusi saluran tvN.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...