Ikuti Kami:

Dato’ Rizalman Disamakan Dengan Sehun EXO, Peminat K-Pop Terhibur Lihat ‘Iras’ Wajah Mereka!

Dato’ Rizalman Disamakan Dengan Sehun EXO, Peminat K-Pop Terhibur Lihat ‘Iras’ Wajah Mereka!

Siapa peminat K-Pop pasti kenal dengan kumpulan popular iaitu EXO. Meskipun sudah 8 tahun menghiasi industri seni Korea tetapi kehangatan mereka masih dirasai sehingga sekarang. Mempunyai ahli seramai 9 orang, kesemua mereka berbakat besar dalam pelbagai bidang seni sampaikan peminat sering ‘dimanjakan’ dengan pelbagai kandungan seperti aktiviti unit dan solo, lakonan di dalam filem dan drama, menghiasi bidang fesyen dan banyak lagi.

Seperti yang anda ketahui, terdapat ramai peminat K-Pop di Malaysia dan boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka adalah merupakan EXO-L (nama peminat EXO). Ini dibuktikan apabila kesemua tiket pasti ‘laku keras’ apabila idola tersebut mengadakan konsert di sini.

EXO PLANET # 5-EXplOration-in Kuala Lumpur

Pun begitu, tak sangka rupanya salah seorang ahli kumpulan tersebut dikatakan mempunyai iras rupa yang sama dengan salah seorang selebriti di Malaysia. Menerusi laman Instagram pereka fesyen terkenal iaitu Dato’ Rizalman Ibrahim, dapat dilihat ada yang menghantar mesej terus kepadanya dan mengatakan bahawa dia mempunyai rupa yang sama dengan Sehun iaitu ahli termuda EXO. Apa??

rizalman sama dengan sehun exo

Malahan tak cukup dengan itu, Dato’ Rizalman turut memuat naik komik bagi yang memberi gambaran bahawa ada peminat yang tersalah anggap bahawa dia adalah Sehun. Kelakar tau!

rizalman sama dengan sehun exo

Rata-rata peminat EXO yang melihat telatah Dato’ Rizalman ini hanya tergelak besar dan terhibur kerana tak sangka ada klon Sehun di Malaysia. Tak payah dah cari sampai ke Korea sebabnya dekat sini pun dah ada!

rizalman sama dengan sehun exo

Tak kurang juga, ada yang berharap agar idola itu dapat menggayakan rekaan Dato’ Rizalman suatu hari nanti walaupun agak mustahil kerana lelaki itu sudah pun bersara. Bagi yang tidak tahu, Sehun menjadi rebutan banyak jenama terkenal seperti Ermenegildo Zegna dan Louis Vuitton kerana mukanya yang kacak dan badannya yang tinggi lampai.

sehun paris

rizalman sama dengan sehun exo

Apa pun, ini adalah sekadar gurauan sahaja! Diharapkan ramai peminat EXO di Malaysia yang terhibur melihat ‘kolaborasi’ Sehun dan Dato’ Rizalman sementara bosan terperap dalam rumah semasa PKP ini.

Kiranya Dato’ Rizalman ialah Sehun Malaysia ke?

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...