Ikuti Kami:

Buku Skrip ‘Chaebol’s Family Youngest Son’ Milik Song Joongki Jadi Perhatian, Tapi Sebab Apa?

Buku Skrip ‘Chaebol’s Family Youngest Son’ Milik Song Joongki Jadi Perhatian, Tapi Sebab Apa?

Umum mengetahuai bahawa Song Joong-ki dan Shin Hyun-bin sudah pun disahkan bakal menyertai drama terbaru JTBC bertajuk “Chaebol’s Family Youngest Son”.

Produksi sudah pun berjalan, pelakonnya sendiri nampaknya turut teruja semasa pembikinan naskhah berkenaan.

Terbaru, Song Joong-ki telah berkongsi foto buku skrip untuk episod pertama “Chaebol’s Family Youngest Son” menerusi laman Instagram miliknya tanpa sebarang kapsyen.

Nampak biasa sahaja namun keadaan buku itu yang kelihatan comot selain penjurunya yang sudah sedikit hitam dan berlipat membuktikan bahawa ianya sering dibuka oleh pemiliknya.

Disebabkan itu, ramai yang memuji Song Joong-ki kerana semangatnya dalam bidang lakonan meskipun sudah sekian lama bertapak dalam industri ini.

Untuk pengetahuan, Song Joong-ki akan membawa watak Yoon Hyun-woo, seorang pemuda yang mati selepas dituduh menggelapkan wang oleh keluarga Kumpulan Sunyang meskipun dia setia berkhidmat dengan mereka. Dia kemudiannya dilahirkan semula sebagai anak bongsu keluarga berkenaan, Jin Do-joon dan bekerja keras untuk mengambil alih syarikat tersebut untuk membalas dendam.

Selamat bekerja Song Joong-ki!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...