Ikuti Kami:

Bukti Kesemua Drama Lakonan Gong Hyojin Tak Pernah Gagal & Sentiasa Dapat Rating Tinggi!

Bukti Kesemua Drama Lakonan Gong Hyojin Tak Pernah Gagal & Sentiasa Dapat Rating Tinggi!

Siapa peminat drama Korea yang tegar pasti mengenali ramai pelakon hebat di dalam arena itu. Antara yang masih menyerlah dan menjadi rebutan pengarah drama ialah pelakon wanita, Gong Hyojin. Sering berlakon drama yang ringan dan kelakar, pelakon wanita ini turut digelar sebagai “Ratu Romantik Komedi” kerana watak yang sering dibawanya. Antara nama gelarannya yang lain ialah Gongvly, gabungan antara namanya dan perkataan ‘lovely’. Hebat betul penangan Gong Hyojin!

Satu entri di forum komuniti di Korea telah menarik perhatian ramai peminat drama. Menurut sumber yang diberikan, pelakon popular itu tidak pernah membintangi drama yang ‘tidak berjaya’ sepanjang 20 tahun hayatnya di dalam industri seni selepas membuat kemunculan pertama pada tahun 1999.

kesemua drama gong hyojin dapat rating tinggi

Carta yang diberikan di atas menunjukkan bahawa kesemua rating drama yang dibintangi Gong Hyojin tidak pernah kurang daripada 12.9%. Dahsyat betul! Sesetengah pelakon, walaupun popular pasti pernah ada drama yang tak berapa mendapat sambutan. Tetapi tidak bagi Gong Hyojin kerana rekod dramanya memang bersih dan membanggakan!

Kalau anda nak tahu, Gong Hyojin kini sedang membintangi sebuah drama bersama Kang Haneul iaitu “When The Camellia Blooms”. Walaupun baru sahaja beberapa episod ditayangkan tetapi ratingnya sudah mencanak naik sehingga melebihi 10%. Drama ini juga menjuarai takhta bagi slot tayangan tersebut. Wow!

drama lakonan gong hyojin semuanya pasti menjadi

Ternyata Gong Hyojin mempunyai tuah yang berterusan. Setiap projek yang dibintanginya pasti ‘menjadi’ dan akan mendapat rating yang tinggi. Para penonton juga menaruh kepercayaan yang tinggi kepada pelakon wanita ini, kalau dia berlakon pasti semua akan menontonnya!

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...