BTS sekali lagi telah menjadi topik hangat dikalangan netizen.
Terkini, satu hantaran bertajuk ‘Kesalahan HYBE termasuk kes plagiat BTS’ telah tular, di mana penulis tersebut telah mempamerkan bukti yang menunjukkan bahawa HYBE telah memanipulasikan tuduhan plagiarisme BTS dan membuatkan kumpulan itu kelihatan seperti mangsa.
Antara bukti yang dimuat naik ialah lirik rap yang jelas menunjukkan bahawa RM, J-Hope dan Suga ‘mencuri’ lirik lagu dari pelbagai artis termasuk Drake dan T.O.P BIGBANG.
Malah, tuduhan plagiat yang bermula pada tahun 2015 yang lalu turut pernah diakui oleh ketua kumpulan BTS iaitu RM, yang kemudiannya telah mengemukakan permohonan maaf.
Selepas hantaran itu tular, rata-rata netizen telah meluahkan kekecewaan mereka terhadap BTS serta HYBE.
Komen mereka,
- Jadi selama ini perkara ni betul la?
- Kecewanya saya..
- Saya tak tahu pula yang selama ni mereka curi lirik penyanyi lain.
- Jadi mereka berpura-pura jadi mangsa la ni?
- Semua bukti dah ada.
- Tak ada hati nurani ke curi hasil kerja orang?
Tak tahu nak cakap apa…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.