Ikuti Kami:

Bukan Saja Lee Dongwook & Jo Boah, 3 Pasangan Ini Jadi Perhatian Penonton ‘Tale Of The Nine Tailed’

Bukan Saja Lee Dongwook & Jo Boah, 3 Pasangan Ini Jadi Perhatian Penonton ‘Tale Of The Nine Tailed’

“Tale Of the Nine Tailed” ternyata mampu menarik perhatian orang ramai kerana plot uniknya.

Walaupun kisah romantik di antara Lee Yeon (Lee Dong-wook) dan Nam Ji-ah (Jo Bo-ah) sering menjadi perhatian namun ada lagi tahu pasangan lain yang sebenarnya merupakan ramuan tambahan yang menyedapkan lagi drama ini.

Shin-joo dan Yu-ri

Disebabkan kedua gumiho ini bekerja untuk Lee Yeon dan Lee Rang (Kim Bum), Shin-joo (Hwang Hee) dan Yu-ri (Kim Yong-ji) kemudiannya menyelesaikan salah faham antara mereka dan mula mencuri hati ramai penonton dek keserasian di antara mereka.

Menurut arahan Lee Rang, Yu-ri telah mencuri rantai yang membantu pemakainya memahami hati haiwan dengan mencium pipi Shin-joo. Malah lelaki itu mula jatuh cinta dengan Yu-ri apabila melihatkan dia memulangkan rantai tersebut sambil meluahkan rasa risau mengenai seekor anjing yang tercedera.

tale of the nine tailed

Meskipun tahu kaitannya dengan Lee Rang, Shin-joo tetap nekad meluahkan perasaannya,

Saya tak kisah bagaimana kehidupan awak. Saya akan menunjukkan kepada awak bahawa dunia ini bukan hanya dipenuhi kejahatan.

Selepas meluahkan rasa cintanya kepada Yu-ri dengan menyediakan masakan Rusia, kedua pasangan itu terpaksa melalui satu lagi halangan apabila Imoogi telah merasuki mereka sehingga Yu-ri tanpa sengaja telah mencederakan Lee Rang. Sama-sama kita saksikan apa yang akan terjadi kepada pasangan ini pada masa hadapan.

Bok Hye-ja dan Ketua Lee

Bok Hye-ja (Kim Soo-jin), pemilik restoran “The Snail Bride” dan juga bos Nam Ji-ah membuatkan penonton tertarik dek aura misteri mereka.

Dalam episod sebelum ini, Bok Hye-ja mula berasa risau melihat cara ketua Lee (Joo Suk-tae) melayannya dan menganggap lelaki itu hanya baik kerana dia merupakan seorang janda. Walaubagaimanapun, dia meluahkan keikhlasannya,

Saya tak pernah pandang awak sebagai janda yang menjaga restoran seorang diri. Saya hanya berasa ingin tahu tentang apa yang disembunyikan disebalik sepasang mata misteri itu.

tale of the nine tailed

Disebabkan keduanya pernah melalui episod luka pada masa lepas, penonton tak sabar menantikan bagaimana kisah romantik baru ini akan membawa mereka ke mana.

Lee Rang dan Kim Soo-oh

Dilahirkan semula daripada anjing peliharaan Lee Rang iaitu Gumdoong, Kim Soo-oh (Jung Si-youl) membantu lelaki itu untuk menggapai sisinya yang lembut dan berkasih-sayang. Lee Rang yang kehilangan kaca mata yang membantu pemakainya melihat masa lepas seseorang itu selepas berlanggar dengan Kim Soo-oh, kemudiannya bertemu dengan kanak-kanak itu yang memulangkannya kembali dan mereka mula berbaik.

Apabila Lee Rang mengetahui bahawa Kim Soo-oh merupakan kelahiran semula anjing kesayangannya, dia mula berasa berbelah bagi kerana tidak dapat menyelamatkannya. Lee Rang tidak teragak-agak untuk menjaga kanak-kanak itu dengan membelikannya roti coklat dan turut menyelamatkannya daripada ayah tirinya yang kaki dera. Kim Soo-oh juga sentiasa menjaga Lee Rang dengan membalut lukanya. Penonton nyata tersentuh apabila melihat hubungan di antara kedua mereka yang mempunyai kisah lampau yang sedih dan berharap agar ada masa hadapan yang lebih baik buat keduanya.

tale of the nine tailed

Jangan lupa untuk saksikan episod baru “Tale Of The Nine Tailed” pada 25 November nanti tahu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...