Ikuti Kami:

Bukan Sahaja Wanita, Ramai Isteri Dedah Suami Mereka Adalah Peminat Tegar ‘The World Of The Married’!

Bukan Sahaja Wanita, Ramai Isteri Dedah Suami Mereka Adalah Peminat Tegar ‘The World Of The Married’!

Apalah jampi yang dipakai oleh “The World Of The Married” ini sampaikan semua orang tak berhenti menyebut tentang drama tersebut siang dan malam. Walaupun memulakan cerita dengan kisah pengkhianatan di antara pasangan suami isteri tetapi setelah memasuki separuh akhir, naskhah ini dah mula sajikan elemen thriller. Lihat sajalah apabila Ji Sun-woo (Kim Hee-ae) yang tiba-tiba diserang oleh lelaki upahan Lee Tae-oh (Park Hae-jun) sehingga membawa kepada babak berdarah.

Tak cukup dengan itu, episod terbaru ini menonjolkan babak adegan genting apabila seseorang didapati telah jatuh daripada tingkat atas Terminal Gosan sehingga lantai dipenuhi dengan darah namun tiada siapa tahu siapakah mangsa sebenarnya. Ramai yang menebak bahawa Min Hyun-seo, seorang pesakit yang baik dengan doktor itu yang telah dibunuh namun tiada siapa dapat memastikannya.

the world of the married juga disukai oleh golongan suami

Banyak betul perangai watak di dalam drama ini yang mendatangkan sakit kepala kepada penonton. Bukan sahaja Ji Sun-woo yang dilanda pelbagai masalah malahan para peminat setia “The World Of The Married” juga turut sama merasai kerunsingannya. Dibebani dengan ramai musuh seperti rakan baik yang penuh muslihat selain bekas suami yang dalam misi membalas dendam, tiada satu hari pun yang tenang dalam hidup wanita itu.

Rasanya peratusan tertinggi jantina yang menonton naskhah ini pastilah wanita kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan si suami yang tak sedar dek untung dan perangai biawak hidupnya. Walaupun dah berkahwin baru, lelaki itu tetap hidup atas kemewahan si isteri.

the world of the married juga disukai oleh golongan suami

Diam tak diam, rupanya ramai juga geng lelaki yang suka menonton drama ini bahkan mereka lagi ‘over’ daripada isteri masing-masing. Beberapa netizen telah berkongsi kisah lucu bagi membuktikan bahawa suami mereka adalah peminat fanatik “The World Of The Married”.

Suami saya tidak suka menonton drama yang berat pada mulanya tetapi kini dia yang awal tunggu depan televisyen sambil memegang alat kawalan jauh. Macam mana nak tunggu seminggu lagi?

 

Suami saya suruh saya berhenti menonton drama sebegini tetapi kini dia yang tak sabar menantikannya hahahahaha!

 

Walaupun suami saya dah tidur, dia pasti akan bangun untuk menontonnya.

 

Pada awalnya, suami saya tak bagi tonton drama sedemikian dan suruh tidur awal sahaja.. Tapi sekarang dia yang terlampau khusyuk menontonnya!

 

Ibu saya ada bercerita mengenai drama ini dan ayah saya yang biasanya menonton berita sahaja kini selalu memegang alat kawalan jauh sambil menantikan drama ini.. Dia cakap ingin tahu mengenai inti patinya hahahaha!

 

Suami saya lebih menyukai drama ini hahaha! Seperti dijampi, dia menonton daripada episod pertama sehingga sekarang. Setiap kali Ji Sun-woo mengalami kesusahan pasti saya cakap nak berhenti menonton tetapi disebabkan suami saya asyik bagi spoiler.. akirnya saya tetap terus menonton!

Patutlah rating mencanak tinggi setiap kali tayangan, rupanya ia menjadi kegemaran kedua-dua jantina tak kira peringkat umur!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...