Ikuti Kami:

Bukan Pelakon, Song Joongki Dedah Ingin Ceburi Kerjaya ‘Ini’ Pada Awalnya

Bukan Pelakon, Song Joongki Dedah Ingin Ceburi Kerjaya ‘Ini’ Pada Awalnya

Siapa sangka, sebelum jadi seorang pelakon, Song Joong-ki sebenarnya ingin menceburi bidang lain.

Terbaru dalam siaran 26 Januari program KBS 2TV “Entertainment Company Plus”, Song Joong-ki telah menduduki tempat ke-2 dalam senarai bintang yang ditemui oleh KBS.

Khususnya pada 2006 dahulu, Song Joong-ki pernah muncul dalam program “Quiz Korea” sebagai pelajar baru di Jabatan Sains Sosial Universiti Sungkyunkwan dan mara ke pusingan akhir. Dalam episod itu, dia berkata,

Orang lain patutnya keluar dalam rancangan itu, tetapi mereka tiba-tiba menarik diri dari pasukan. Jadi, saya dipilih untuk menggantikan mereka. Saya berjaga 4-5 malam untuk mempersiapkan diri dengan tergesa-gesa.

Kemudian, Song Joong-ki juga berkongsi bahawa dia sebenarnya ingin menjadi seorang juruhebah dan berkat penampilannya yang kacak, dia sudah mempunyai laman fancafe sendiri sehari selepas episod itu disiarkan.

song joongki

Bagaimanapun pada 2 tahun kemudian, Song Joong-ki memulakan kerjaya lakonannya dalam drama “My Precious You” dan berjaya membuka haluannya sebagai seorang pelakon.

Sementara itu, Cha Eun-woo, Han Ga-in dan Lim Young-woong turut dinamakan antara bintang yang ditemui oleh KBS.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...