Ikuti Kami:

Bukan Lagi Pengarah, Ini Pelbagai Momen Kelakar Choi Bopil Bersama ‘Running Man’

Bukan Lagi Pengarah, Ini Pelbagai Momen Kelakar Choi Bopil Bersama ‘Running Man’

Pastinya ramai yang sugul dan mengulit perasaan apabila mendapat tahu bahawa Choi Bo-pil yang mengelola “Running Man” selama 2 tahun 6 bulan bakal meninggalkan rancangan itu tak lama lagi.

Meskipun seketika, tetapi impak yang ditinggalkan lelaki ini sangat besar memandangkan dia terpaksa bekerja dalam kondisi terhad dek wabak COVID-19. Pun begitu, sifatnya yang kelakar dan ‘masuk air’ berjaya mencipta keserasian yang baik bersama ahli lain. Sampaikan ada yang kata dia merupakan ahli ke-7 program itu.

Bagi mengingati sumbangannya, para peminat “Running Man” telah berkongsi beberapa momen indah bersama lelaki itu sepanjang dia bekerja bersama.

Hubungan cinta-benci bersama Lee Kwang-soo

Babak ini nyata kelakar apabila Choi Bo-pil bertindak melempar sarung tangan ke sasaran yang jauh hingga membuatkan Lee Kwang-soo terasa.

‘Saya PD’

Sketsa yang direka tanpa sengaja membuatkan seluruh set tertawa dek Yoo Jae-suk yang tidak nampak siapa yang menegurnya. Dari ‘saya adik awak’ oleh Lee Kwang-soo hingga respon kelakar Choi Bo-pil iaitu ‘Saya PD’ buat pengacara itu yang tidak mengenali sesiapa.

Sesi kejar-mengejar dalam lumpur

Pada ketika ini, Choi Bo-pil masih lagi pembantu pengarah dan tindakannya mengejar Lee Kwang-soo yang lari terlalu jauh ke dalam lumpur membuatkan ramai mengingatinya. Lebih kelakar apabila lelaki itu sama-sama tersangkut di dalam air kotor itu demi menyelamatkan si girafah.

6 orang si bodoh

Kesilapan dialog ‘lebih ramai orang bodoh’ kepada ‘6 orang bodoh’ nyata meninggalkan impak besar buat Yoo Jae-suk, Haha, Ji Suk-jin, Yang Se-chan, Jun So-min dan Lee Kwang-soo.

Cuba sukan ekstrem

Rupanya Choi Bo-pil merupakan antara staf yang selalu mencuba misi “Running Man” sebelum ianya dilakukan oleh ahli lain. Antaranya ialah penalti lompatan bungee suatu ketika dahulu.

Hidu kaki ahli

Bagi mencari stokin siapa yang berbau, Choi Bo-pil langsung tidak hiraukan imejnya dan menghidu setiap kaki ahli sebelum menangkap Yang Se-chan sebagai pelakunya.

Lawan Kim Jong-kook

Sukar ditandingi, namun Choi Bo-pil mampu melawan Kim Jong-kook dan mematahkan kata-katanya dalam episod ini.

Semua pasti akan merindui Choi Bo-pil.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...