Ikuti Kami:

Bukan Kim Youngdae, Hwang Inyeop Dilapor Bakal Terajui Drama ‘Why Oh Soojae?’ Bersama Seo Hyunjin

Bukan Kim Youngdae, Hwang Inyeop Dilapor Bakal Terajui Drama ‘Why Oh Soojae?’ Bersama Seo Hyunjin

Sibuk dengan penggambaran drama “Sound Of Magic” kini, nampaknya Hwang In-yeop mungkin bakal berlakon dalam sebuah drama baru tak lama lagi.

Menurut laporan media, pelakon lelaki itu dikatakan akan berlakon di samping Seo Hyun-jin dalam drama “Why Oh Soo-jae?”. Malah agensinya turut mengesahkan bahawa Hwang In-yeop kini sedang meneliti tawaran tersebut.

“Why Oh Soo-jae?” ialah sebuah drama menceritakan mengenai seorang wanita yang melakukan kesilapan dalam hidup dan hidup berjaya dalam keadaan yang salah. Selepas dia jatuh cinta dengan seorang lelaki muda, dia mula mengubah jalan hidupnya dan belajar cara sebenar untuk mencintai dirinya.Ia merupakan satu kisah cinta yang digambarkan sebagai menyakitkan namun menyeronokkan dan dalam masa yang sama dingin dan menyejukkan hati.

hwang inyeop

Hwang In-yeop dilamar untuk membawa watak Gong Chan, seorang pelajar junior di fakulti undang-undang di  Universiti Seojoong dan juga merupakan pemilik bar. Lelaki itu sebenarnya pernah bertemu Oh Soo-jae pada masa lalu apabila dia dituduh atas jenayah yang tidak dilakukannya. Selepas meringkuk dalam penjara, dia dibersihkan daripada segala tuduhan dan bertemu semula Oh Soo-jae di universiti tersebut di mana dia bertugas sebagai profesor gantian.

Sebelum ini, watak ini ditawarkan kepada Kim Young-dae namun sepertinya ianya tidak dapat diteruskan kerana masalah jadual pelakon itu.

Laku betul Hwang In-yeop kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...