Hubungan ‘cool’ antara pasangan Haha dan Byul nyata merupakan sebab mengapa mereka disukai ramai.
Terbaru, pasangan selebriti itu telah menjadi tetamu rancangan “Dolsing Fourmen” dan bercerita lebih mengenai kisah hidup mereka.
Bagi membuktikan keserasian Haha dan Byul, para ahli rancangan itu meminta wanita itu menjawab soalan dan membuat pilihan bagi pihak Haha. Soalan pertama ialah program mana yang paling disukai suaminya. Jawab Byul,
Saya akan letak ketepi ‘How Do You Play’ kerana Haha suka meluangkan masa bersama kami. ‘Infinite Challenge’ adalah program yang menjadikan suami saya sehebat ini kini. Sejujurnya, ‘Running Man’…
Belum sempat Byul menjawab, cuit Haha,
Ini ialah SBS.
Wanita itu kemudiannya memberikan respon pantas,
‘Running Man’.
Macam-macam dorang ni..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉