Ikuti Kami:

Bukan Drama Perubatan Tipikal, 5 Sebab Penonton Teruja Menanti Musim Kedua ‘Hospital Playlist’

Bukan Drama Perubatan Tipikal, 5 Sebab Penonton Teruja Menanti Musim Kedua ‘Hospital Playlist’

Cepatlah datang 17 Jun, dah tak sabar nak tonton musim kedua “Hospital Playlist” ni!

Pasti ramai yang dah teruja nak saksikan sambungan kisah doktor ini kan? Banyak betul yang bakal disajikan untuk anda dalam musim terbaru ini nanti.

Persahabatan

Sekumpulan doktor ini yang sudah berkawan selama 20 tahun, memang #friendshipgoals sangat walaupun kadang-kadang bergaduh sebab makanan namun yang pasti mereka ada untuk satu sama lain. Persahabatan yang lama terjalin ini sangatlah menyeronokkan sampai penonton pun kadangpkadang berasa bahawa mereka seperti ahli ke-6 kumpulan mereka. Malah mereka mempunyai personaliti yang unik dan lain daripada yang lain tetapi setiap daripada mereka disayangi penonton.

netflix hospital playlist 2

Perhubungan

Kemungkinan sambungan kisah cinta untuk skuad doktor tersebut. Tak sabar nak saksikan bagaimana perkembangan setiap perhubungan mereka. Adakah Jeong-won (Yoo Yeon-seok) dan Gyeo-ul (Shin Hyun-bin) yang berakhir romantik pada musim pertama akan kekal bahagia dalam musim kedua ini? Bagaimana pula respon Song-hwa (Jeon Mi-do) terhadap pengakuan cinta Ik-jun (Jo Jung-suk)? Adakah akan ada sinar cinta buat Seok-hyung (Kim Dae-myung) dan Min-ha (Ahn Eun-jin)? Apa pula cerita dengan perhubungan jarak jauh di antara Jun-wan (Jung Kyung-ho) dan Ik-sun (Kwak Sun-young)? Baynag persoalan tapi yang pastinya penonton dah tak sabar nak melihat babak romantik dalam musim terbaru ini nanti!

netflix hospital playlist 2

Gelak ketawa

Setiap karakter mempunyai telatah tersendiri sebab itu banyak babak kelakar yang lahir dalam siri ini. Daripada momen seperti kepala Ik-jun digam dengan topeng Darth Vader sehingga Jun-wan yang beria merahsiakan perhubungan dengan adik Ik-jun, memang tak kering gusi pada setiap episod. Banyak juga babak yang kita boleh rasakan seperti babak mereka makan bersama dan mengusik satu sama lain. Mesti penonton akan gelak banyak lagi dalam musim kedua kan?

netflix hospital playlist 2

Muzik

Apabila kumpulan kawan itu berkumpul untuk berlatih muzik, pastinya banyak lagu menyeronokkan yang akan mengusik halwa telinga penonton. Tiga daripada pelakon utamanya ialah pelakon muzikal dan mereka juga bermain alatan muzik tersebut dengan sendirinya. Walaupun Song-hwa buta-tona, namun tidak pelakon Jeon Mi-do. Runut bunyi yang didendangkan mereka juga sering duduk tinggi dalam carta muzik di Korea Selatan. Bahkan Jo Jung-suk berjaya merangkul beberapa anugerah penting dek sumbangan suaranya untuk salah satu OST musim pertama iaitu “Aloha”.

netflix hospital playlist 2

Menyentuh hati

Uniknya “Hospital Playlist” kerana ia tidaklah terlalu dramatik seperti drama perubatan yang lain. Walaubagaimanapun, terdapat babak menyentuh perasaan bagi menyeimbangkan keseronokan drama tersebut. Penonton juga boleh merasai perasaan tersebut apabila ada watak yang melalui hidup, mati dan apa sahaja diantaranya. Memang tak peliklah ada yang menangis, kadang-kadang disebabkan babak sedih dan kadang kala kerana babak kelakarnya.

netflix hospital playlist 2

Siapa yang tonton musim pertama, pasti tahu betapa seronok “Hospital Playlist” kan? Sebab itu, jangan lupa untuk tonton episod perdana musim kedua nanti pada 17 Jun di Netflix tahu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...