Ikuti Kami:

“Bukan Dia Pelakon Utama Ke?” – Penonton Kesal Babak Joo Sangwook Sikit Dalam ‘Bora! Deborah’

“Bukan Dia Pelakon Utama Ke?” – Penonton Kesal Babak Joo Sangwook Sikit Dalam ‘Bora! Deborah’

Setelah 14 episod bersiaran, akhirnya drama “Bora! Deborah” akhirnya menamatkan siaran kelmarin.

Drama ini menggambarkan kisah Deborah (Yoo In-na), seorang jurulatih cinta terkenal dan Lee Soo-hyuk (Yoon Hyun-min), seorang lelaki bergaya yang menghadapi kesukaran dalam cinta.

Kalau korang perasan, siri ENA ini dipasarkan dengan tiga teraju utama dalam poster iaitu Yoo In-na, Yoon Hyun-min dan Joo Sang-wook.

Walau bagaimanapun, jumlah babak pasangan utama iaitu Yoo In-na dan Yoon Hyun-min mengatasinya hingga ramai tertanya-tanya sama ada lelaki senior itu sebenarnya hanya watak sampingan sahaja.

joo sangwook bora deborah

Ramai juga kesal kerana drama ini sepertinya merupakan satu ‘downgrade’ daripada kehebatan siri bersejarah yang dibintangi sebelum ini iaitu “The King Of Tears, Lee Bangwon”.

Semakin menimbulkan persoalan ramai apabila Joo Sang-wook yang memenangi anugerah daesang (Anugerah Utama) untuk watak itu ditolak ke tepi dek fokus utama buat watak Yoo In-na dan Yoon Hyun-min.

joo sangwook bora deborah

Komen penonton di akhir “Bora! Deborah”,

Kenapa Joo Sang-wook bukan pelakon utama?

 

Saya menonton drama ini kerana Joo Sang-wook tapi sedih kerana wataknya seperti di tahap pelakon sampingan sahaja.

 

Oh ada Joo Sang-wook rupanya.. kenapa kita promosi hanya Yoo In-na dan Yoon Hyun-min sahaja yang ada?

Bukan itu sahaja, ada yang mempersoalkan perkembangan watak Han Sang-jin lakonan Joo Sang-wook. Agak tergesa-gesa, penonton mengatakan bahawa hubungannya bersama staf baru Hong Hwa-yeon kelihatan ‘dipaksa’ dan nampak kekok apabila mereka bersama di akhirnya.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...